Followers

Tuesday, October 18, 2011

Game Set 1: Day 1-Your Facebook profile photo.

2 bulan kebelakangan nih, Mama memang betul² bizi sampai takde masa nak update belog usang nih. Kelas Mama untuk semester nih sangat² pack. Nak curi² masa pun agak payah. Yang sempat Mama buat pun bw jeklah. Itupun sehari sempat 1 rumah jek. Petang semalam, lepas bw rumah Liyana nih terpanggil lak rasanya nak buat entri yang dah ditetapkan tajuknya bagi setiap hari. Jadiknya, akibat dari kesibukan yang melampau nih, Mama terpaksa cari alternatif lain supaya takdelah belog usang nih nampak cam tak berjaga+dah mati.
Start dari hari nih, sampailah ... Insya-Allah 20 hari yang berikutnya, Mama akan buat entry berpandukan kepada tajuk² game yang Mama kopi teh dari rumah dak Liyana tuh. Ader beberapa yang Mama ubah² sket tajuknya. Kalo ikutkan tajuk untuk hari nih adalah .... gambar profile FB Mama. Currently Mama pakai gambar ini ...

Inilah dia buah hati pengarang jantung Mama. Stress camne pon keje kat opis nih, tapi biler balik rumah tengok muka dorang, terus hilang segala masalah. Si Abang .... dah pandai melawan cakap. Taknak dengar kata. Nak swuh dia dengar cakap terpaksa rasuah dengan benda² lain. Contoh cakaplah nanti tak dapat baju BoboiBoy lah, topi Angry Bird ke or car racing. Ishhh ... macam tak baik jek ajor anak camtuh kan. Abis tuh, apa lagik yang Mama nak buat supaya dia ikut cakap? Si Adik .... steady jek tapi dalam masa yang sama, nakal tak bertempat. Suka menyakat Abang sampailah Abang nangis. Kalo Abang sangat rapat ngan Abah, Adik pulak, memang tak boleh pisahlah ngan Mama. Apapun terjadik, Mama tetap sayang kamu berdua dunia akhirat .... Muahhhhhhh

2 comments :

eB ezrin said...

betol, sayangggggggggggggg sampai biler2 :)

アヌム ちゃん said...

comel 2-2..huhu