Followers

Thursday, May 31, 2012

Gila On9 Shopping??

Hahahahahaha saper yang ader penyakit macam Mama nih, sila angkat kening!! ^_^

Mama start giler on9 shopping nih masa tahun 2009 lagik. Time tuh baru jek pakai berukben. Apalagik, berlagaklah kan sebab speed internet lagik laju dari orang lain kat opis nih yang rata² pakai line streamyx opis. Sangat hampeh .... hahahahahaaha

Masa memula kegilaan tuh datang, Mama sangat suke shopping perfume, barang menan anak (yg 2nd hand jek pun tp mostly branded) baju anak² dan Mama akan pastikan sumernya berharga murah dari pasaran kat luar nih. Errr .. kedekut kah aku? hahahahha Dan lepas Mama bersalinkan Adik@Abg Ngah, banyak barang² untuk BF Mama beli on9 jugak. So skang nih, beli tudung ke, beg ke, baju maxi ke, blouse even bengkung pun mesti nak carik yang on9 punya. Haaa ubat@homeopathy pun Mama beli on9 okey .... Pada Mama senang nak carik daripada dok merayau satu Seremban nih, kekadang tak jumpe apa yang kita nak. Yelah .... dok Seremban nih tak macam dok kat KL tuh ha .... petik jarik sumer ader. Kat sini, kot ader pun harga punyalah mahal banding kat KL nun. So kalo comparekan rega tuh, baik beli on9 jek. Lagik murah, jimat dan selamat. Cumanya kita tak dapatlah nak belek² barang tuh sebelum beli. Alkisahnya, Mama nih takdelah cerewet sangat bab² nak beli or pilih barang, so tuh sumer mmg tolak tepi. Alhamdulillah jugak, dah banyak yang Mama deal, semuanya memberikan service yang terbaik, kalah service kat kedai. Risau jugak kot² ader yang jenis menipukan. Tapi setakat nih, Alhamdulillah .....sangat memuaskan. Sebenarnya, sebelum nak beli tuh pun, Mama akan ushar jugaklah belog or FB dorang dulu. Paling penting, baca komen² daripada pengguna² dia yang lepas². Dah puas hati, barulah confirm Mama akan beli.

Antara website, blog or FB yang pernah jek Mama shopping dan pastinya akan bershopping lagik di sini ...

1) D'Stylo Boutique

2) Biolac EraEdar

3) Cik Sara

4) Danita Maternity

8) Bag

Actually, byk lagik web yang Mama cuma sekadar cuci mata jek. Tinggal tunggu masa jek nak grab. So pendapat korang plak cemana? Suke atau berbaloi ke tidak shopping on9 nih or korang memang jenis yang tak percaya langsung kat benda² on9 camnih? Satu jek barang yang Mama tak try beli on9 lagik. Computer or hand phone gadget. Yang nih sumpah tak berani. Selain rega yang melampau mahal, possibility untuk kena tipu pun tinggi. So barang gadget² memang tak berani nak belilah!!! ^_^

Mahu kembali aktif bercontest ......

9 bulan lamanya Mama tinggalkan belog contest terkontang kanting macam tuh jek. Hahahahah kalo org preknen tgh tggu masa nak meletup jek kan? Belog yang satu nih pun tahun 2012 nih Mama tak berapa nak rajin mengupdate. Cerita banyak nak dikongsi tapi malasnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ke laut betul mood nak berblogging skang nih.

So sempena nak masuk bulan Jun nih (tah takde kena mengena pun kan?) sajalah Mama tanamkan niat dalam hati tuh nak kembali aktif berblogging dan bercontest. Mana tau pasnih cuti 2 bulan langsung tak sempat nak sentuh blog sesilap nak selak pun takde masa, haaaa so skang nihlah masa nak mulakan balik. Check earnings dari Nuffnang pun tak selebat tahun lepas. So kena jugaklah rajinkan diri yang tengah malas nih haaaa ..... ^_^

Nak jengah blog contest Mama? Cer klik sini jek ..... Blog Contest Mama

Tuesday, May 22, 2012

Mana Menghilang?

Mama takde hilang kemana² pun. Cuma agak bizi dengan tugasan harian di opis mahupun dirumah. Skang nih cehck up pun dah kena 2x seminggu. So tambah lah satu lagik kebizian, kena pegi check up. Disebalik kebizian tuh terselitlah sifat kemalasan pulak. Hahahahahah yang tuh majoriti 85% hadir dalam diri ini yer ... Tuh pasal blog nih berhabuk² dan bersawang dah pun ^_^

Perkembangan pada minggu ke 29 nih, last check up berat naik 1kg jek. Itu pun nurse bleh bising. Aikkk?? naik sikit bising naik banyak pun bising. Feninlah skang nih. Dahlah orang lain 2x jek minum air gula, tp Mama kemain gedeban smpi 3x ko .... hahahahahah lantak. Last minum harituh, nurse terkejut sbb tak smpi 2minit dah setel. Selamba Mama jawab, dah lali kena minum air gula. Padahal, Allah saja yg tahu cemana rasa tak sedapnya minum air tuh. Ehmmmmm ......

Jantina?? Masih belum dapat dipastikan lagik. Berteka-tekilah orang sekeliling nih. Result scan minggu lepas pun, dokter tak dapat nak tengok, sbb si kenit dalam nih begitu lasak berpusing sana sini. Dokter pun naik fed up, dan katanya tggu 32minggu nanti baru dia try tengok lagik. Setakat nih ramai yang berharap perempuan. Mama?? Malas nak mengharap. Sebab setiap kali Mama peknen, setiap kali tuhlah mmg mengharap dapat gurl. So kali nih, wat dek jeklah .... Kita tunggulah bulan depan, try pegi Klinik Rekha pulak. Time tuh baru leh announce. Kot Mama rasa nak announce lah yerkkk ... ^_^

Wednesday, May 9, 2012

Kes penderaan bayi lagik?? Apa nak jadi nih???

Kecoh lagik kat FB biler ramai yang share video bayi kena pukul. Geramnya Mama tengok. Nak mengalir air mata nih ha ... Pada kiraan Mama, bayi tuh baru berusia 2 tahun. Ehhhh macam baya-baya Adik jek. Ya Allah ... apa nak jadiklah dengan manusia zaman sekarang nih kan??

Saperkah gerangan syaitan yang bertopengkan manusia ini?? Siasat cepat!!! Tengok keadaan macam kat pusat jagaan kanak2. Cuma tak pasti kat mana .....



Updated from PDRM


Friday, May 4, 2012

26 minggu sudah ....

Pejam celik pejam celik ... ehhh dah 26 minggu rupanya usia bb dalam perut Mama nih. Alhamdulillah .... tak percaya jek rasa. Buat masa nih, kesihatan Mama takdelah baik sangat. Baru jek Jumaat lepas Mama kena demam+batuk². Batuknya pulak bukan sikit². Kemain teruk lagik. Refer kat dokter, dokter plak tak brani nak bagi sebarang ubat batuk. Dia cuma bagi ubat lozenge tuh jek. 2 papan bagi, dalam tempoh 4 hari dah abis. Tapi masih lagik tak elok batuknya nih. Nihlah pertama kali Mama diserang batuk time preggy. Ohhhhh seksa sungguh rasanya. Tiap kali batuk, mesti rasa sakit² kat belah bawah dan sampai terkucil lah. Hasilnya, memanjang kena pakai pad. Dah macam orang period pulak gamaknya. Huhhuhuhuh maybe sebab bb pun dah makin besar, dia dah tekan pundi kencing. So tiap kali batuk, mmg takleh tahanlah ...^_^ Lain² kesihatan, HB makin turun. Last month dah cecah 10.9. Siap kena tanda ngan pen merah lagik. Adehhhhh .... bukan apa. Bulan lepas kan huru-hara idup Mama. Makan tak teratur, ubat pulak mmg tak sentuh langsung. Tuh yang jadik camtuh gaknya. Skang nih, tengah berusaha nak naikkan HB. Tapi dah start rasa letih, takleh berdiri lelama sangat. Cakap banyak pun dah mengah. Berjalan jauh sket dah letih. Ehmmmm .... kalau masa preggy Abang² dulu, time 6 bulan nih, Mama leh cergas lagik. Merata perginya .... takde pun rasa letih. Kali nih memang terasa sangat. Faktor usia kah??? Ehmmmmm mungkin juga .... baru pasan .... ohhhh aku dah makin berusia rupanya ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kehidupan sekarang lebih teratur. Sebab Abah dah kerja kat sini kan. Sukalah kami 3 beranak, celik mata jek Abah still ader lagik kat umah. Pepagi dah ader orang hantar ke opis. Uiiisshhhh nihlah masanya dapat nak bermanja² ngan hubby. Kot tak tuh, pandang jeklah orang lain pegi kerja siap berhantar berambik, tapi Mama kena uruskan semuanya sendiri. Apapun minggu depan 3 hari Abah kena pergi Johor. Bulan depan dia ke Penang pulak. Lumrah orang keje gomen kan .... meratalah kena pergi kursus or meeting. Redhakan jeklah ....

Mama dan bb diusia 26 minggu ^_^

Jantina bb kali nih apa yer?? Ramai yang dah tanya, tapi jawapan Mama, belum scan lagik. Tunggulah dah cecah 8 bulan nanti baru Mama plan nak scan. Masa preggy Abang² dulu pun camtuh jugak. Dah 8 bulan baru Mama excited nak scan. Dah scan barulah start beli barang bb. Skang nih, satu hapa pun tak terfikir lagik nak beli. Kebanyakkan kengkawan mendoakan bb kali nih dapatlah bb gurl. Amin!!! Terima kasih atas doa² anda semua. Ader jugak yang main teka² boy lagik. Pada Mama n Abah, tak kisahlah anak apa pun jantinanya yang penting dia selamat, cukup sifat dan sihat, dah cukup dah bagi kami. Walaupun hati Mama nih terdetik jugak nak anak perempuan. Takpelah, kita tunggu ajelah kan ....

Doakan semoga semuanya selamat. Pasal kes uri bawah tuh, lagi 2 minggu nih kena refer balik. Harap² lah takde apa yang berlaku. Insya-Allah .....