Followers

Friday, May 4, 2012

26 minggu sudah ....

Pejam celik pejam celik ... ehhh dah 26 minggu rupanya usia bb dalam perut Mama nih. Alhamdulillah .... tak percaya jek rasa. Buat masa nih, kesihatan Mama takdelah baik sangat. Baru jek Jumaat lepas Mama kena demam+batuk². Batuknya pulak bukan sikit². Kemain teruk lagik. Refer kat dokter, dokter plak tak brani nak bagi sebarang ubat batuk. Dia cuma bagi ubat lozenge tuh jek. 2 papan bagi, dalam tempoh 4 hari dah abis. Tapi masih lagik tak elok batuknya nih. Nihlah pertama kali Mama diserang batuk time preggy. Ohhhhh seksa sungguh rasanya. Tiap kali batuk, mesti rasa sakit² kat belah bawah dan sampai terkucil lah. Hasilnya, memanjang kena pakai pad. Dah macam orang period pulak gamaknya. Huhhuhuhuh maybe sebab bb pun dah makin besar, dia dah tekan pundi kencing. So tiap kali batuk, mmg takleh tahanlah ...^_^ Lain² kesihatan, HB makin turun. Last month dah cecah 10.9. Siap kena tanda ngan pen merah lagik. Adehhhhh .... bukan apa. Bulan lepas kan huru-hara idup Mama. Makan tak teratur, ubat pulak mmg tak sentuh langsung. Tuh yang jadik camtuh gaknya. Skang nih, tengah berusaha nak naikkan HB. Tapi dah start rasa letih, takleh berdiri lelama sangat. Cakap banyak pun dah mengah. Berjalan jauh sket dah letih. Ehmmmm .... kalau masa preggy Abang² dulu, time 6 bulan nih, Mama leh cergas lagik. Merata perginya .... takde pun rasa letih. Kali nih memang terasa sangat. Faktor usia kah??? Ehmmmmm mungkin juga .... baru pasan .... ohhhh aku dah makin berusia rupanya ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kehidupan sekarang lebih teratur. Sebab Abah dah kerja kat sini kan. Sukalah kami 3 beranak, celik mata jek Abah still ader lagik kat umah. Pepagi dah ader orang hantar ke opis. Uiiisshhhh nihlah masanya dapat nak bermanja² ngan hubby. Kot tak tuh, pandang jeklah orang lain pegi kerja siap berhantar berambik, tapi Mama kena uruskan semuanya sendiri. Apapun minggu depan 3 hari Abah kena pergi Johor. Bulan depan dia ke Penang pulak. Lumrah orang keje gomen kan .... meratalah kena pergi kursus or meeting. Redhakan jeklah ....

Mama dan bb diusia 26 minggu ^_^

Jantina bb kali nih apa yer?? Ramai yang dah tanya, tapi jawapan Mama, belum scan lagik. Tunggulah dah cecah 8 bulan nanti baru Mama plan nak scan. Masa preggy Abang² dulu pun camtuh jugak. Dah 8 bulan baru Mama excited nak scan. Dah scan barulah start beli barang bb. Skang nih, satu hapa pun tak terfikir lagik nak beli. Kebanyakkan kengkawan mendoakan bb kali nih dapatlah bb gurl. Amin!!! Terima kasih atas doa² anda semua. Ader jugak yang main teka² boy lagik. Pada Mama n Abah, tak kisahlah anak apa pun jantinanya yang penting dia selamat, cukup sifat dan sihat, dah cukup dah bagi kami. Walaupun hati Mama nih terdetik jugak nak anak perempuan. Takpelah, kita tunggu ajelah kan ....

Doakan semoga semuanya selamat. Pasal kes uri bawah tuh, lagi 2 minggu nih kena refer balik. Harap² lah takde apa yang berlaku. Insya-Allah .....

3 comments:

nina said...

hehehe..Amiiinnn..harap2 gurl la hendaknye kali ni..

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..semoga semua berjalan lancar... nmpk besar jgk perut tu, bb girl kot..hehe..Amin...

ietams said...

comel kak dot preggy.. Membolat perot tu ha..
Semoga kak dot sihat sentiasa. Amin