Followers

Monday, April 30, 2012

Selamat Pengantin Baru!!!

Ucapan bukan ditujukan untuk Fasha Sandha yer tp ditujukan khas buat adik perempuan Mama nan sorang nih. Selamat diijabkabulkan pada tanggal 21 April 2012. Alhamdulillah .... akhirnya, penantian Mak Mama yang nak sangat tengok anak perempuan bongsu dia kahwin, akhirnya termakbul. Jom kita layan gambar² sekitar majlis pernikahan dan persandingan 2 mempelai ini ....

Majlis Nikah di Surau Taman Soga, Batu Pahat, Johor.

Hantaran ....

Majlis persandingan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor 

Ucapan Mama khas untuk kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Bahagia hingga ke Akhir hayat ..... Amin!!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Hikmah disebalik kejadian

Kalau minggu lepas merupakan minggu huru hara dlm hidup Mama, tapi minggu nih pulak minggu paling seronok sekali. Mana kan tidak, bermula Isnin lepas nih, Abah dah selamat pun melaporkan diri kat Negeri Sembilan. Alhamdulillah ..... 3 tahun lamanya Mama tunggu Abah dapat balik state, akhirnya termakbul doa kami. Ringan sikitlah beban Mama pepagi hari. Dah ader orang sesama tolong uruskan anak, lega rasanya. Cuma kesian pulak tengok Abah yang macam boring jek dok tempat baru nih. Takpe ek bang, baru 3 hari. Opis pun lum siap setup lagik kan? Lelama esok oklah tuh ... eheheheheh

Ehmmm mungkin ini rezeki baby baru kami gaknya kan ^_^

Hepi Besday Arif Najwan .... Hepi Besday jugak Alycia ...

18 April 2012

Alhamdulillah, hari nih genap 2 tahun umur anak kesayangan Mama, si kenit Arif Najwan. Bangun pagi tadik kemain awal. Kul 6.30 dah jaga dah. Macam dia tau² jek hari nih besday dia. Bangun² jek Mama terus nyanyikan lagu hepi besday. Kemain suka dia. Terus² nak nyanyikan jugak kat beby lam peyut nih. Hahahahahah lawaklah Adik nih. Sedih jugaklah Mama sebab tak dapat nak celebrate besday adik. Dahlah Mama keje sampai malam nih. Takpe yer dik .... nnt bebila free kita celebrate sesama okey??

Apapun Hepi 2nd Besday untuk sayang Mama nih. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan tubuh badan sepanjang hayat. Mama sangat sangat sangat sayang akan kamu .... MUAHHHHHHHHH......

Tak lupa jugak buat Alycia yang sama² kongsi tarikh lahir dengan adik. Hepi besday zura .... Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga bahagia selalu disamping En. Ajip dan Dadam tercinta..... Muahhhhhsss ^_^

Monday, April 16, 2012

Arif @ Hospital SALAM, Senawang

Minggu lepas merupakan minggu yang paling huru-hara dalam hidup Mama. Manakan tidak, tetiba plak si Adik kena admitted dek kerana kena PNEUMONIA. Adehhhh ... kesian dia. Alkisahnya, minggu sebelum tuh, Adik batuk² dengan teruknya. Si kenit nih, kalo dah start batuk, dada tuh mulalah berbunyik. Mulalah jugak kami kena bawak dia amik gas kat klinik. Macam sebelum² nih, sekali amik terus ok. Tapi kali nih, dalam 5 hari amik gas@neb 3x, tak jugak elok². Makin teruk lagik ader. Last² dokter Klinik Pakar Kanak² Senawang keluarkan surat swuh Mama bawak Adik pergi hospital jugak. Kami seboleh²nya mengelak nak pergi spital. Seboleh²nya taknak dia admitted. Tapi kali nih memang takde pilihan. Kesian tengok Adik. Malam² tak lena tido, asik mengadu sakit dada, swuh sapukan vicks. Tahannya sejam jek, pehtu dia jaga nangis balik. So kami pun redha jeklah .... dan petang Isnin lepas, 9/04/2012, buat pertama kalinya Adik kena masuk spital. Kena tahan 5hari 4malam okey .... huhuhuhuh Berkampunglah kami 4 beranak kat spital tuh sampailah hari Jumaat. Sekarang Alhamdulillah, Adik dah nampak ok dah pun cumanya dia kena pakai Inhaler setiap 4jam. Kesian kan? Baru nih jugaklah dapat detect yang Adik memang ader Asthma tapi takdelah kritikal.

 Day 1
 Day 2
 Day 3
 Day 4
Day 5

5 hari duduk spital, memang memboringkan. Adik hari² ajak balik rumah. Dahlah malam pertama kat spital, 4 beranak tak lena tido. Maunya tidak, setiap 2-3jam nurse datang bilik kejut swuh bagi neb kat Adik. Dia pun tak lena tido sebab still rasa sesak dada. Hari kedua, pagi dalam kul 10.30pm, first time Adik kena suction. First day kena suction, dokter tak bagi parents masuk. Dengarlah si kenit nih menjerit2 panggil² Mama, menjerit² cakap sakitlah ... taknaklah ... Mama yang tunggu kat luar treatment room nih dah bergenang air mata dah. Si Abang yang tunggu sama pun terus terdiam jek. Abah jek lah yang sentiasa cool. Alaaa takkan nak tunjukkan? Tak macho lah depan anak binik huhuhuhuhu

Second and third day kena suction, barulah dokter bagi parents masuk. Tapi Abah jek lah pun yang berani masuk. Mama?? Oh tidak .... kang tak pasal, Mama pun meraung sama kat dalam treatment room tuh plak kang hahahahahah So far lepas 3x kena suction, barulah Adik ok. Takdelah dengar lagi dada dia berbunyik². Malam kedua kat sana pun, dia dah bleh tido lena. Sesekali jeklah kena kejut ngan nurse sbb nak bagi neb. Malam terakhir plak, 2x bagi dia neb, 2x tuh jugak dia tak sedar. Tido manjang macam setahun tak tido huhuhuh itulah kali pertama Mama tengok dia dapat tido lena sejak dia sakit 2 minggu lepas. Syukur sangat, akhirnya hari Jumaat Adik dapat discaj. Khamis nih pulak kena datang lagik untuk follow up kes Adik. Harap² lah dokter kata pasnih takyahlah Adik pakai Inhaler. Walaupun dia tak merungut sikit pun kena pakai or makan ubat, tp Mama nih yang tak sampai ati tengok dia camtuh. Pilu jek hati nih ..... Apapun, terima kasih pada rerakan yang sudi mendoakan kesejahteraan Adik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Harapan Mama, semoga Adik semakin tabah menghadapi hari² mendatang dia nanti. Cianlah dak kenit Mama yang sorang nih ... Apapun ... Mama sayang kamu sangat².

p/s ehhh lupa nak story, hari kedua dan hari ketiga kami kat SALAM, beberapa kalilah terserempak dengan Farid Kamil ngan Zack Kool. Rerupanya dorang shooting kat situh cerita Lagenda Budak Setan 3. Ehhhh yang 2 dah ader keluar ker? Pesal Mama tak tau ek? Ke Mama yang memang ketinggalan ketapi? Huhuhuhuhuh

Friday, April 6, 2012

Jamuan Makan² Di Opis Mama

Wahhh ... seronoknya hari nih. Di hari Jumaat yang indah ini, kami para pensyarah berpakat untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir pensyarah² yang lahir dr bulan Januari sampai April. Jamuan nih merangkap jamuan makan² yang dah lama kami tinggalkan acaranya. Kalau jamuan makan² nih sebelum nih dah jadik macam acara wajib tp sambutan hari lahir nih baru pertama kali kami buat. Saje suka². Takde apa nak celotehkan cuma nak jamu kat korang gambo² jek yer .... ehehehehe

 Menu ala² kampung jek ....
Kek birthday .... 7 orang sekaligus sambut nih
 "Pelbagai resepi dari perlbagai dapur dari pelbagai taman" ahahahah ayat tiru nih yer ....
 Buat² sibuk jek dorang nih .... huhuhuh
Ucapan ringkas serta bacaan doa dan wajah² pendidik yang kelaparan ..... 

Kepada mereka² yang menyambut hari kelahiran ini, Mama ucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .... AMIN!!!!

Tekanan darah rendah?Pulak!!!

Entri sebelum nih Mama ader bagitau kena check BP setiap 2 hari sekali. Hari pertama sampai ketiga, bacaan cantik jek. Tapi semalam .... tup² rendah pulak. Orang kat farmasi tuh siap cakap lagik, rendah sangat. 105/59 ... Okey, Mama sebenarnya tak reti dan tak paham pun nak baca blood pressure nih. Takat nih dorg kata ok, ok jeklah takde nak risau apa² pun. Maybe, bacaan semalam disebabkan Mama puasa kot? Entahlah .... so far orang farmasi tanya ader rasa pening or nak pitam, takde pulak pun.

Tinggal besok jek nak kena check BP. Harap² lah esoknya bacaan cantik jugak. Jangan rendah dari semalam sudah .....