Followers

Friday, March 30, 2012

Dugaan lagik???

Sebelum nih, Mama disahkan kedudukan uri berada di bawah. Belum lagik hilang risau, tetiba hari Rabu lepas dapat berita lain pulak.... Adehhhhh ingatkan preggy kali nih takde menempuh sebarang dugaan dan cabaran. Rerupanya sama jek huhuhuhuhu apapun Mama redha demi keranamu anak² yang Mama kasihi.

Actually, kali nih problem Mama takdelah kritikal sangat pun. Cumanya berat Mama naik sehingga 3.5kg dalam sebulan nih. Hahahahah terkejut pun yer, tp Mama tetap releks jek. Sebabnya masa preggy Abang dulu pun berat Mama tetiap bulan naik mendadak sampai 4kg pun pernah. Cumanya yang tak bestnya nih, mulalah kena ikut rules yang KKIA dah tetapkan. Amik tekanan darah tiap selang sehari, pehtu appointment minum air gula yang dijadualkan bulan 5, dah kena awalkan hari Rabu depan. Semuanya gara² previous history Mama pernah kena kencing manis. Takut² kali nih kena kencing manis jugak lah nih.



Baru balik dari klinik check BP ngan blood sugar. So far 2-2 okey. Harap² lah hari Rabu depan time minum air gula tuh takde apa². Malas dah nak kena ulang alik sebulan sekali amik BSP dengan nak kena control diet.....

Tuesday, March 20, 2012

Si kenit Arif yang makin petah berkata²

Dalam kereta petang semalam, tah apa yang di bebelkan si kenit nih...

Adik: Kita balik umah kita. Abah balik umah Abah. Abang balik umah Abang ...
Mama: Adik? Adik balik umah saper?
Adik: Adik balik umah Uwan ....
Abah: Oooo Adik balik umah Uwan. Adik balik naik apa?
Adik: Naik kapal terbang ....
Mama&Abah: Wahhhh ... kapal terbang? (sambil gelak²)
Abah: Adik tak takut ker naik kapal terbang? Tinggi tu ....
Adik: Tak pun ....
Abah: Tak takut??
Adik: Tak punlah ... Adik tipu² aje ...
Mama&Abah: Hahahahahahahaaa

Comel jek dia ... dah pandai pulak menggunakan perkataan tipu² tuh yer .... Alahaiii anak Mama. Luv u lah sayang .... Muahhhhh

Dugaan dikala mengandung

Kata orang, dugaan dalam hidup nih memang sentiasa ada. Tak kira besar atau pun kecil. Yang penting samaada kita nih tabah atau pun tidak untuk menghadapinya. Sesungguhnya setiap dugaan yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya. Dan sesungguhnya ALLAH menduga setiap hambanya tidak lebih daripada kemampuan hambanya itu sendiri. Pada Mama pula, selagi ALLAH mahu menduga kita, selagi itulah DIA mahu kita sentiasa ingat dan tidak lupa padaNYA. Insya-ALLAH, tiap dugaan yang Mama terima, akan lebih mendekatkan diri Mama padaNYA .....

Siapa yang tak pernah kena dugaan dalam hidup nih? Mama percaya semua orang pernah menghadapinya. Bagi Mama pula, dugaan yang paling mencabar berlaku dalam hidup setiap kali ketika preknen. Dari si Abang sampailah anak ketiga ini, sentiasa diduga sahaja. Tak semua orang mengalami situasi yang sama. Ada yang preknen 5x pun tapi tak pernah menghadapi masalah. Apapun Alhamdulillah syukur anak² semuanya sihat.

Pengalaman pertama kali Mama preknan lebih kurang 4 tahun yang lepas, diawal kehamilan Mama ader bleeding. Alhamdulillah tak begitu serius. Itupun dapat jugaklah MC 5 hari. Dok kat umah jek, takleh buat kerja apa² pun. Tapi sepanjang 5 hari tuh, memang ader jek lagik bleeding cuma tak seserius mana. Itu diawal² kehamilan. Dah lepas first trimester, iaitu lepas jek Mama pulih sepenuhnya daripada fasa muntah², loya² sampai tak boleh nak masuk sesuap nasi pun, berat badan naik mendadak. Boleh dikatakan, tiap bulan berat akan naik paling kurang 2kg dan paling byk 4kg. Sampai kena tukarlah kaler kod kat buku merah tu dari kaler putih ke kaler kuning. Sebab 2-3 kali jugak suspect kencing kotor. Sampai waktu nak melahirkan, 12jam duduk dalam labour room baru si Abang nak keluar. Walhal sepanjang 12 jam sakitnya time tuh rasa dah takkan bleh hidup lagik kat dunia nih. Yang paling kelakar, Mama siap sempat bagi tau kat Abah, kalau macam nihlah sakitnya nak beranak, cukup sekali jeklah jawabnya. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadik? Nak masuk 3 ... hahahahhaah memang tak pernah serik!! ^_^

Pengalaman kedua, tatkala preknen Adik pulak. Awal² macam biasalah, tak lari punyalah simptom² muntah tuh. Sampai lembik dibuatnya. Lepas fasa muntah, Mama disahkan menghidap kencing manis pulak. Aduhhhh tak pasal² kena control cara pemakanan. Skali lagik, kod kena tukar dari putih ke hijau pulak. Kali nih, berat badan takdelah naik melampau. Maintain jek ikut kadar yang ditetapkan. Iyelah ... dah hari² kena diet kan? Seksanya tetiap bulan kena buat BSP. Test darah 4x dalam sehari. Tujuan, nak pantau kandungan gula dalam darah. Sampailah nak bersalin still jugak kena wat BSP. Tapi syukur Mama takde sampai kena cucuk insulin. Lagipun, family history takde kencing manis pun. So nih simptom orang preknen sahajalah. Risau tetap ada sebab orang kata kalo kencing manis time preknan, baby dalam kandungan akan besar. Ya ... memang terbukti sebab Adik lahir beratnya 3.3kg. Kalo ikut sejarah family Mama, memang anak cucu yang lain semua lahir bawah 3kg termasuklah si Abang yang berat cuma 2.95kg sahaja. Syukur Alhamdulillah, semasa proses melahirkan Adik, sangat² mudah. Rasa Mama sekelip mata sahaja  Adik dah lahir. Tak payah nak tunggu lama² dalam labour room tuh. Tak sampai sejam dah dapat keluar. Cuma lepas melahirkan Mama mengalami pendarahan yang agak banyak sebab sepanjang preknen bukan saje kena kencing manis, tapi HB pun rendah sampai 8.

Pengalaman yang ketiga ini pula, sangat² berbeza. Awal² tetap mengalami simptom muntah² sampai lembik. Dah lali dah hahahahah Alhamdulilah, Mama takde mengalami berat badan berlebihan, kencing manis, HB rendah. Setakat nih dah masuk 5 bulan, kod tetap kaler putih. Belum kena tukar kaler lagik. Harap² sampai bersalin dapat kod putih jek. Tapi Jumaat lepas, Mama diberitakan mempunyai masalah Uri di bawah. Ya ALLAH. Time tuh, rasa nak gugur jantung. Tak pernah terfikir macam nih sekali Mama akan diduga.  Dalam 2 minggu nih memang ader rasa sakit² kat belah bawah nih. Kekadang tuh, nak buang air kecik pun rasa sakit n dalam sejam boleh dikatakan 2-3 kali rasa nak membuang. Tak suspect pulak rupanya tuh berpunca dari masalah uri kat bawah. Menurut kata doktor, Mama tak perlu terlalu risau. Cumanya dia ader berpesan jangan terlalu lasak, or buat kerja² berat dan jangan sesekali nak cuba berurut. Buruk padahnya yang membolehkan berlaku pendarahan sekaligus menyebabkan kematian ibu dan anak. Katanya lagik, biasanya uri akan naik semula. Kena tunggu lagi 2 bulan untuk buat scan nak tengok balik kedudukan uri tersebut. Kalo tak naik, kenalah refer kat pakar dan kemungkinan besar kena duduk wad sampailah bersalin. Siapalah pulak nak menjaga hero² mama nanti? Mama tak pernah berenggang tido malam ngan dorang. Camnelah rasanya nanti? Bersalin kena ceasar? Taknaklah .... Jauhkanlah semuanya tu. Sekarang nih, Mama hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala. Amin!!!!!




-Mama yang luaran nampak ceria tapi dalam hati sebenarnya sedang berduka-

Thursday, March 8, 2012

Terima Kasih kekasih gelapku, Mr. Nuffnang

Seperti yang semua sedia maklum, Mama dah tak berapa nak aktif mengarang dalam blog nih sejak akhir tahun lepas. Dan sejak tuh jugak, Mama sangat³ malas nak check akaun Nuffnang nih. Tapi pagi nih, tetiba jek pulak tangan gatal nih bleh tekan nak tengok apa hasil kutipan sekarang nih. Tetiba tengok² ader 2 BE tengah running 1 tuh dah metered dah. Hahahahahah biler masa tah dapat gaknya kan. Takpelah ... rezeki. Mekasihlah bebanyak kekasih gelapku ...  kalo baik hati lagik, bagilah banyak². 10 pun takpe. Lagik I suka .. hahahahah dasar tamak ^_^

Wednesday, March 7, 2012

Lain kali dengar cakap Abah!!

Sabtu lepas, hari paling busy sebab bawak anak² bershopping baju sempena hari 'kebesaran' akan datang hujung minggu ini. Apa harinya tuh? Tunggu ..... ehehehehe

Nak dijadikan cerita, bershopping sakan sampailah ke petang. Singgah rumah MIL, so malam baru balik rumah kami. Mujur kami balik ke rumah. Sebab ader peristiwa yang berlaku di rumah kami rerupanya. Abah mengucap panjang, Mama terkedu, hero² pulak diam seribu bahasa. Kesnya, sebelum kami keluar rumah tengahari tuh, Abah dah perasan yang si Abang dok main hos kat tepi akuarium. Dah tegur banyak kali, tetap dia buat main jugak. Mama pun perasan, sempat jugak alihkan beg lappy yang memang kebiasaannya Mama letakkan kat tepi akuarium tuh. Kemudian, memang tak perati pun apa yang hero² buat seterusnya, dah siap² terus keluar.

Dan malamnya, inilah yang berlaku .......



Karpet kucing kesayanganku habis basah. Buang jeklah jawabnya huwaaaaaa. Air dalam akuarium pulak cetek jek yang tinggal. Dah melimpah keluar rupanya air dalam akuarium tu. Nasib baiklah kami balik. Kebiasaannya kalau ujung minggu, kami akan tido di rumah MIL. Haishhhhh ... kalo tak baliklah kan, jawabnya dah mati dah ikan² dalam akuarium tuh. Dan kompem rumah kami berbau ikan busuk huhuhuhuh  Bersyukur Mama awal² lagik dah alihkan beg lappy. Kot tak, memang naya kena beli baru!!!!

Nihlah padahnya tak dengar cakap Abah. Si abang pulak apa yang dia buat time Abah dok kemas? Diam jek sambil baring kat tilam. Skali Mama toleh, dia dah lelap ... hahahah. Nasib baik dah tido, kot tak parah kena tadah telinga dengar Mama membebel hukhukhukhukhuk ... Anak ... anak .... sabo jeklah kan ^_^