Followers

Wednesday, March 7, 2012

Lain kali dengar cakap Abah!!

Sabtu lepas, hari paling busy sebab bawak anak² bershopping baju sempena hari 'kebesaran' akan datang hujung minggu ini. Apa harinya tuh? Tunggu ..... ehehehehe

Nak dijadikan cerita, bershopping sakan sampailah ke petang. Singgah rumah MIL, so malam baru balik rumah kami. Mujur kami balik ke rumah. Sebab ader peristiwa yang berlaku di rumah kami rerupanya. Abah mengucap panjang, Mama terkedu, hero² pulak diam seribu bahasa. Kesnya, sebelum kami keluar rumah tengahari tuh, Abah dah perasan yang si Abang dok main hos kat tepi akuarium. Dah tegur banyak kali, tetap dia buat main jugak. Mama pun perasan, sempat jugak alihkan beg lappy yang memang kebiasaannya Mama letakkan kat tepi akuarium tuh. Kemudian, memang tak perati pun apa yang hero² buat seterusnya, dah siap² terus keluar.

Dan malamnya, inilah yang berlaku .......



Karpet kucing kesayanganku habis basah. Buang jeklah jawabnya huwaaaaaa. Air dalam akuarium pulak cetek jek yang tinggal. Dah melimpah keluar rupanya air dalam akuarium tu. Nasib baiklah kami balik. Kebiasaannya kalau ujung minggu, kami akan tido di rumah MIL. Haishhhhh ... kalo tak baliklah kan, jawabnya dah mati dah ikan² dalam akuarium tuh. Dan kompem rumah kami berbau ikan busuk huhuhuhuh  Bersyukur Mama awal² lagik dah alihkan beg lappy. Kot tak, memang naya kena beli baru!!!!

Nihlah padahnya tak dengar cakap Abah. Si abang pulak apa yang dia buat time Abah dok kemas? Diam jek sambil baring kat tilam. Skali Mama toleh, dia dah lelap ... hahahah. Nasib baik dah tido, kot tak parah kena tadah telinga dengar Mama membebel hukhukhukhukhuk ... Anak ... anak .... sabo jeklah kan ^_^

1 comment:

nad said...

adoi, abang, abang..
naseb dh tido yek..
tak jadi mama n abah nak marah hehe..