Followers

Monday, December 12, 2011

Demam Ombak Rindu

Tak habis² sana sini orang dok bercerita pasal ombak rindu nih. Mama meluat ker? Ehhh taklah. Ekceli I dah tengok dah masa hari ke-2 tayangan filem nih tau. Haaaa khelasss kau Maria!!! Orang lain punyalah makan hati sebab tiket manjang sold out. Mama plak suka hati sebab dapat jadik antara orang terawal tengok. Cumanya tak sempat nak story morry kat sini sebab Mama menunggukan gambo kami berempat masa berjimba² dalam cinema tuh. Sampai la nih, mak buyung tuh tak send lagik. Ishhh takleh tunggu lama nih ... kena kongsi jugak apa perasaannya. Walaupon bukan pegi tengok ngan Abah pun. Tengok ngan kaki² filem melayu meleleh² nih jek Hehehehehe

Filem nih saaaaaaaangaaaat best!!! Salah satu sebab Mama teruja nak gi tengok sebab Mama memang dah lama baca novel nih. Sejak novel nih keluar dalam tahun 2003 kot tak silaplah ek. Memang Mama dah jatuh chenta dah ngan novel ombak rindu nih. Time tuh mulalah feeling² kot boipren I cam Hariz nih kan. Padahal time tuh dah selamat berchenta ngan Abah dah pun. Takde pulak ciri² dorg nih sama hahahahah sorie arrr Bah. Tak sama bukan makna I tak chenta kat U. Still Abah tetap dihatiku selama²nya eheheheh saje jek nih ayat pancing. Abah bukannya ader masa sangat pon nak baca blog Mama nih pon kan heeeeeeee

Mama bleh dikatakan dah hafallah jalan cerita dalam novelnya tuh. Kata addicted kat Hariz tuh ... haruslah hafal ... So pendapat Mama, sebab kita dah tau jalan cerita sebenar, dan kita dah tengok jugak filem nih. Jadiknya jalan cerita dalam filem nampak terlalu rushing. Memanglah takleh nak buat atau ikut bulat² jalan cerita dalam novel tuh. Kang berhari² pulak orang kena dok berkampung kat panggung wayang tuh plakkan? So, rasanya ombak rindu nih tak berapa sesuai kalo difilemkan. Lebih sesuai buat drama. Leh gantikan slot cerita Tentang Dhia tuh nanti. Apapun, filem dia memang best. Pelakon Aaron Aziz berjaya membuatkan Mama jatuh chenta ngan dia jugak. Maya Karin memang menjadik watak gadis kampungnya tuh. Lisa Surihani berjaya membuatkan Mama menyampah tengok dia. Tetiba terfikir plak, watak Lisa tuh patutnya sesuai bagi kat Si Memey jek. Memang padan benar. Dan yang paling meluat tengok Azizah Mahzan. Aduhaiiiii tolonglah Makcik ... Seksa sangat tengok dress up U tuh. Ehmmm kotlah nanti U kata U kena ikut kata pengarah plak kan? Takleh nak cakap apalah ... So ... pada yang belum tengok, cecepatlah tengok yek. Lain orang lain pendapatnya. Tapi setakat nih takde plak yang komen kata filem nih tak best ... ^_^

Bukti yang Mama dah g tengok tau. Ooopppsss .. kot korang pasan tarikh n waktunya tuh, wat² tak nampak jeklah yek ... hikhikhikhik ^_^

2 comments:

mekchu said...

ada pinjam jam suami tak lepas tu? hehehe...

mekchu said...

alaaaaa.. nape tak berupdate ni?