Followers

Thursday, July 3, 2014

Yang indah itu hanya sementara....

Salam oulls. Lama tak update belog kan. Janji punyalah macam hape nak update senantiasa sbb dah bergelar surirumah sepenuh masa. Tapi kita hanya mampu merancang. ALLAH jua yang menetapkan ketentuan hidup kita. Mungkin ader yang segelintir tau Mama sedang preggy anak ke 4. Alhamdulillah... pejam celik alih2 dah nak masuk 4 dah rupanya. Syukur dengan kurniaan Allah. Tapi selalunya kita mengharapkan yang indah2 tak semestinya indah belaka. Buat masa sekarang ini, Mama berada di hospital dah masuk hari ke 4 kena tahan wad dek kerana air ketuban kurang. Boleh dikatakan bawah paras kritikal. Sekarang nih, kandungan Mama dah berusia 33 minggu dan Mama dinasihatkan untuk terus berada di hospital sehingga 37 minggu iaitu sehingga bersalin. Bayangkan betapa hancur luluhnya hati Mama bila tau keadaan diri dan baby yang begini. Dahlah tengah bulan puasa. Persiapan diri dan baby untuk kelahiran pun tak sempat nak prepared apatah lagik persiapan raya untuk anak2 Mama yang 3 orang itu. Allahuakbar... besar sungguh dugaan mengandung Mama kali ini. Mama hanya mampu berserah, redha dan mengharapkan agar keadaan pulih seperti sediakala walaupun doktor2 kat sini semuanya kata memang cukup susah untuk menaikkan kandungan air ketuban tersebut. Segala macam usaha dan ikhtiar telah Mama lakukan dan Mama berharap kalian doakan yang terbaik untuk kami berdua yer. Oklah nanti petang2 kalo Mama boring, Mama update lagik cerita dari hospital nih. Hoiiii boring sungguh duduk sini takde buat apa2 selain dok google apa cara nak naikkan n banyakkan air ketuban. Selebihnya, tido... termenung... dok tengok gelagat orang eheheheheh

4 comments:

nad said...

Allah...!
ksiannya kat akak!
ksiannya kat anak2 akak...
huhu, sabar byk2 kak, dugaan ramadhan..
in shaa Allah, ada ganjaran berkat kesabaran tu lepas ni...
take care kak!

mamaarifakeemaisy said...

Huu... baru tahu...
Ujian besar buat seoang ibu..tabahkan hati ye... :(
Tcare...moga baik2 aje kt spital..
Moga dipermudahkan segala urusan. Amin...

ietams said...

ala kak dot..
tak tau pon. tabah ye kak.
besar dugaannya tu..
jaga diri & happy sentiasa

Cyda Acme said...

Thanx semua... doakan yg terbaik utk Mama dan baby yer...