Followers

Friday, May 3, 2013

Corat-coret pilihanraya ....

Haaaaa .... korang semua dah bersiap sedia nak menghadapi PRU-13 hari Ahad nih? Harapnya semua berjalan dengan lancarlah kan. Apapun keputusan yang akan diperolehi, semoga akan membawa suatu perubahan kepada rakyat jelata. Ingat yer ... pastikan pilihan anda tepat dan undi anda adalah rahsia ... ehehehehe

Bercakap pasal PRU nih, kolej Mama pun tak lepas jugak daripada fenomena PRU nih. Tapi lebih kepada pemilihan MPP. Tetiap tahun (ke semester ek?) ada jeklah muka² baru MPP. Tujuan untuk menggilap kredibiliti pelajar² nih (sangatlah kan .... ). Sebenarnya Mama takdelah terlibat langsung dalam pemilihan MPP tapi terlibat time kiraan undi. Ha ... bab nih memang saya suka, saya suka. Keputusan dah diperolehi dan pengumuman MPP yang baru pun dah dibuat pada hari Isnin lepas.

Situasinya? Huhhh dengar cerita ada calon yang tak puashati sebab undian dia rendah dan ada jugak calon yang tak berpuashati orang lain yang menang jawatan presiden. Hahahahah situasi cenggini Mama dah rasa cam betul² dorang leh join politiklah. Errrr ... no komen yer ^_^

Satulah nak bagitau kat mereka nih, pemilihan berdasarkan undian rakan² anda sendiri. Kalau ada rakan² anda yang tak undi anda, kita nak kata apa yer? Mungkin mereka belum cukup yakin dengan kredibiliti anda dan ada yang lebih berkelayakan dari anda. Janganlah syok sendiri cam awak tuh dah hebat sangat! (mohon terasa)

Apapun sempena PRU-13 nih, undilah .... Tettttt ..... ehhhh undi ahkak adalah rahsia. Oppsss aku balik mengundi ker? Macam tak jek hahahahahahah



No comments: