Semalam aku amik cuti semata nak bawak Adli g klinik tuk cucuk. Maklumlah dah masuk 1 tahun setengah dah smlm kan. So hubby pagi keje pagi n tengahari amik time slip jek. Alkisahnya sampai kat klinik tuh Adli cam biasalah .. tunjuk lagak hero dia .. panjat tingkaplah .. kerusi lah ... then dengar budak nangis dia ikot ajuk skali. Hubby lak awal2 dah sound kat Adli nanti time inject Adli nangis, abah dia nak gelakkan cukup2 kat Adli. Hu3 kesian Adli .. belum jarum cucuk lagik dia dah meraung nangis. Itupon sebaik abah dia yg pegang dia. Kot mama dia yg pegang .. mau terberanak kat klinik tuh gaklah kena tendang ngan Adli.
Malamnya masa kat umah Adli asiklah mengadu cakap kaki dia yg kena inject tuh sakit. Jalan pon terdengkut2. Kesian aku tgk ... tp nampak comel pon ader. heheheheh aleleleleel sayang anak mama ... Then pagi tadik bangun2 tido jek dia terus nangis sambil tunjuk peha dia cakap kat aku sakit. Aku yang memula panik gaklah sebab takut bengkak ke ... check punya check takde apa2 plak. cuma ader bekas kena inject tuh jeklah. So just bagitau kat Adli "biarkan jek. Nanti dia elok sendiri." Start daripada tuhlah kalo dia rasa sakit dia ngadu kat aku dia sendiri akan guna balik statement aku... Biarkan jek ... hu3 sangat comel anak mama nih ...
Alhamdulillah setakat tengahari tadik lepas aku hantar dia kat umah MIL badan dia ok jek. Tak panas pon. Harap2 tak demamlah. Tapi kot dia demam sok nampak gayanya kenalah aku jaga dia walaupon tengah sarat ni. Bukan apa ... dia dah pandai skang nih. Nak tarik perhatian mama dia jek. Sebabnya dia tau dah kot lepas nih mama dia mesti bz ngan adik dia plak. Apapun mama SAAAAAYAAANNGGGG anak2 mama ... Muahhhhhhh
No comments:
Post a Comment