Followers

Friday, August 6, 2010

Gurau Senda Abang & Adik





tah apa kejelah anak2 mama nih ... elok pulak si abang tak marah abah letak adik kat dia hu3

Thursday, August 5, 2010

Pengguna Tegar barangan Fabulous Mom

Yesss ... suka suka suka ... sebab apa? sebab semalam barang yang mama order daripada online website Fabulous Mom dah dapat. Siap courier guna KTM lagik. Haaa .. terkejut mama pg smlm dapat call dr org KTM. Dalam kepala otak nih dah fikir 'takde plak aku mintak keje kat KTM'. Hahahah sekali tuh rerupanya dia swuh amik barang yg mama order. Hari sebelum tuh dorg ader hantar ke rumah tapi takde org. Mama pon sengal, gi letak alamat rumah yg dah sah2 waktu siang mmg takde org :D

Ok ... apa tu Fabulous Mom Website? Actually nih website berkenaan e-butik utk produk2 pregnancy, babies n nursing. Memandangkan masa mama memula pregnantkan Arif dulu mmg dah niat nak bg dia fully b*****feed so mama jadiklah pengguna tegar barangan Fabulous Mom. Kenapa Fabulous Mom? Kenapa tidak produk lain? Hu3 jawapannya, kat FM nih mmg buleh dikatakan 99.9% benda yg dicari tuh ada. Tak taulah kot org lain kan. Well pada ibu2 or bakal ibu, kot rasa2 nak jadik tegar mcm mama nih blehlah layari laman web www.fabulousmom.com untuk keterangan lanjut. Chewahhh FM kena bagi mama komisyen nih sbb tolong promote tuk depa :D

Now ... jom tgk apa yg mama beli huhuhuhu


nih dia resit daripada KTM hu3 ...

stiker tuh dpt free ... jgn marah... fabulous mom on board lagik hu3

Well mama order 5 barang actually. Tummy Tube(nak cover peyut bila Arif tgh nen dikhalayak ramai), nursing padding b**, lollipop & pil untuk menggalakkan susu badan(persediaan nak puasa nih)

ehhh yg nih apa pulak ek?
|
|
|
|
|
|
\/

beg yg wajib dibawa hari2 ... yg beg biru tuh, cooler beg also brought from FM :D ..

nihlah isi kandungannya ... pump(jenama pureen), botol susu, thermafreez dan rechargeable battery

hasilnya ... nih semalamnya hasil. skali pump utk yg pertama(12.30pm). Alhamdulillah walaupon puasa semalam dpt gaklah 6.5oz ... kali kedua(5pm) dpt another 4oz(gambo takde .. nak cepat dah nak balik :D)

kaylah ... jam dah menunjukkan 5pm. Masa dah time(ayat bdk2 kat opis nih kalo mama masuk bilik R&D then tutup lampu hhahah). Actually ader lagik nak story kat korg. Kita sambung besok lah ye ... daaaaaa ....


Tuesday, August 3, 2010

Al-Fatihah ....

Dikala azan Maghrib berkumandang mlm tadi, abah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada MIL. Khabar sedih diberitakan bahawa sepupu abah, Rinie Amir telah pulang ke Rahmatullah. Arwah disahkan meninggal kerana kemalangan yang melibatkan kereta arwah dan sebuah lori di Cengkau, Rembau N9. Menurut kata abah, arwah meninggal di tempat kejadian. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Kalau tak silap mama, arwah berusia dalam lingkungan 27-28 tahun. Belum lagi berumahtangga dan merupakan anak sulung. Kali terakhir mama jumpa arwah semasa arwah hadir ke kenduri aqiqah Arif pada 17Julai haritu. Waktu itu arwah datang sendirian tanpa ditemani mak teh dan pak teh serta adik2 arwah. Mama agak terkilan kerana mama tak sempat bertegur sapa dengan arwah. Sibuk melayan tetamu yang lain. Ini pun mama terkilan jugak sbbnya malam tadi mama tak dapat menghadiri tahlil dirumah arwah. Bukan apa, ramai yg tak benarkan mama pergi bawa anak2 kecil nih. Dan hari ni arwah akan dikebumikan (mungkin dikala mama sedang mencoretkan di blog ni, arwah telah pun selamat disemadikan) pun juga mama tak dpt nak turut serta. Tak mengapalah. Yang penting doa dari mama sudah memadai untuk mengiringi pemergian arwah.

2 minggu lepas mama ada mimpikan arwah atok (atok pada abah). Mama mimpi masa saat2 kematian beliau. Maklumlah masa arwah atok meninggal haritu mama tak dpt hadir sama sbb mama ader kat Batu Pahat. Dalam mimpi mama tu, arwah atok bangun masa hadirin tengah bacakan Surah Yassin. Arwah atok tercari2 Arif. Lepas arwah atok jumpa Arif, dipeluk dan diciumnya cicit yang baru ni. Kemudian arwah terus rebah semula. Terus mama terjaga dari tidur dan beristifar panjang. Pelik dengan mimpi mama sedangkan masa arwah atok meninggal dulu, mama tgh mengandungkan Arif 5bulan. Mama fikirkan semuanya tuh mainan tidur. Tapi mama mmg ada ceritakan pada abah tentang mimpi mama nih. Tak sangka, rerupanya mimpi mama tuh merupakan petanda bahawa ada saudara mara yang bakal menyusul pemergian arwah atok. Satu kebetulan apabila raya tahun ini, merupakan giliran mama untuk berhari raya di kampung abah (Rembau). Bermakna mama akan sama2 menyambut raya tanpa kehadiran 2 insan yang kami sayangi.

Kejadian ini mengingatkan lagi pada mama bahawa mati itu tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia, tidak mengenal pangkat ataupun darjat. Apabila sampai waktu dan ajalnya, kita pasti akan dijemput untuk menghadap Nya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cucurilah rahmat keatas saudaraku ini. Tempatkanlah beliau di kalangan para solihin. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin. Takziah buat keluarga arwah, (Pakteh, Makteh, Lokman dan Sarah)semoga kalian tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.


Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati