Followers

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday #22: Jari kecil itu...

Jari Abgngah Arif injured tersepit kat besi buaian adik Aimy.... Cian budak hensem Mama nih

Monday, January 28, 2013

Di usia 6 bulan

#Dok update blog memalam buta dikala semua orang dah tido....

Jumaat lepas genap sikenit Mama nih berusia 6 bulan. Kejap jek rasakan. Perkembangan terkini? Makin lasak! Selain dah boleh merangkak, dia makan dgn banyaknya. Cukup berselera.... Tengok bekas garam pun mulut dia bleh terkulat2 okey. Haaaa acaner tuh?

Ehhh seriau plak rasa dok sensorg dlm gelap sambil mengupdate blog. Pekata stop dulu, nnt kita update lagik. Cuci muka nak basuh masker pure marine collagen dulu.... Ooohhh I skang berjinak2 dgn PMC tau. Later2 lah kita story pasal tuh yek.... Daaaaaa

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday #21: Rajin anakku rajin, rajinlah belajar...

Malam tadi abglong kena stay back siapkan homework. Abg ngah pun xnak ketinggalan join sama ehehehehe

Thursday, January 10, 2013

Selamat datang sayang....

Selamat datang ke dunia si cilik Sharifah Aisyah Humaira Binti Syed Al-Adzuhar. Anak buah perempuan Mama yang pertama. Sebelum nih berderet anak buah lelaki. Yeayyy ... Aimy dah ader geng main masak². Tak taulah kot lepas nih dorang berdua pun join 5 Abang² main lawan² or perang². Mama takleh nak jamin hahahahahah 

Tahniah untuk adik perempuan Mama dan adik ipar. Selamat berjaga malam dan selamat menjadi ibubapa ^_^

Wednesday, January 9, 2013

Seronok ke sekolah nih Abang Long?


Salam semua, lambat pulak Mama nak story pasal Abang Long nih. Bz pindah rumah ngan kenduri lagi. Haiiii lah, tuh semua yang buatkan tertunda jek nak update belog. Pejam celik, pejam celik dah masuk sekolah dah anak sulung Mama nih. Kejap betulkan. Masih terasa-rasa lagik betapa sakitnya nak mengeluarkan dia dulu.   


Hari pertama sekolah, Abg Long memang excited. Maunya tak, dapat pakai kasut, stokin, baju n beg baru. Sampai sekolah pun dia cool jek sbb geng dia kat Taska pun sekolah kat situ jugak. Senang, dekat ngan Taska. Balik sekolah, Atuk yang jaga dorang tuh amik dorang n terus transit kat Taska. Petang barulah kami amik 3 beradik tuh sekaligus. Tak payah nak pening² kepala nak berpusing² amik or upah van. Semuanya tuh KOS okay. Kami bukan berkira tapi kalau dah ader jalan yang lebih mudah, baik ikut jek jalan tuh kan? ehehehhehe Oppss lupa nak bagtau, Abg Long sekolah kat Tadika KEMAS dekat ngan Taska dorang.

Memula dia cool jek, tapi biler Mama ngan Abah dah start nak balik, mulalah meraung. Ya Rabbi, sore dia jeklah bleh dengar satu taman tuh. Ishhhh malu betul lah hahahahahaha. Pujuk punya pujuk tapi tak jalan, last² terus tinggalkan kat cikgu. Pepandailah cikgu handle yer ^_^




Petang balik dari Taska, dia happy jek bercerita hal kat sekolah. Siap bagitau nangis kejap jek. Malam pulak kena buatkan "hotdog book" untuk dia sebab esok pagi nak kena bawak gi sekolah. Hotdog book nih buku ABC bergambar buatan sendiri. So setiap hari nanti dia kena baca hotdog book nih kat sekolah.



Hari kedua dan seterusnya ok pulak. Hantar kat sekolah, lepas salam² terus masuk kelas. Hari Jumaat paling seronok sebab dapat pakai baju melayu complete. Sampaikan Abg Ngah pulak jeles. Nak jugak bersongkok dan kasut sekolah. Oklah, belikan Abg Ngahnya kasut sekolah. Tetiba, dia request nak pergi sekolah macam Abg Long, terus Mama Abah terdiam. Alahaiii .... awak bulan 4 nih baru masuk 3 tahun. Mana bleh sekolah lagik. Sudahnya, hari² nangis masa hantar kat Taska sebab nak ikut Abg Long pergi sekolah ..... Kusut betul kepala Mama ngan Abah dibuatnya hehehehehehehe


Dannnnn, start semalam, Abg Long buat perangai. Menangis tiap kali hantar ke sekolah. Ayat dia yang paling tak tahan sekali "Nanti Abah amik cepat yer". Dok ulang² beratus juta kali, start dari keluar rumah sampai ke sekolah. Kesnya, disebabkan .......





















Menatang roda 4 nih lah. Pagi petang siang malam dok nak main beskal jek. Aduihhhlaaaaa rasa nyesal plak swuh Abah belikan dia beskal baru kelmarin. Dah dia taknak pergi sekolah dok teringat beskal dia kat rumah. Alahai anak .... anak ..... hahahahahah 

Apapun nih semua buatkan Mama ngan Abah tersenyum biler ingatkan kerenah anak². Macam² ragam anak² dah ramai nih kan. Ehhhh .... tetiba rasa cam dah tua jek plak sbb anak dah masuk sekolah. Ohhhh man ...... ^_^


p/s AJL 27 arituh Mama terlepas nak tengok. Bleh salah tarikh plak ingat ujung minggu nih. Kata dorang persembahan penutup best giler! Haaaa tuh pasal update belog sambil layan lagu rock kapak ..... careeeeeee beb

Tuesday, January 1, 2013

Selamat tinggal semua...

Selamat tinggal yang pertama....

Selamat tinggal tahun 2012 yg penuh bermakna buat Mama. Lahirnya si puteri yg ditunggu2 sekian lama. Alhamdulillah.... Kenangan pahit? Biler si bujang Arif diserang phneumonia(betul ke eja camnih?) Kena warded 5 hr dikala Mama tgh preggy kan si puteri 5 bulan. Hikmah disebalik kejadian, Abah dapat tukar balik negeri. Walaupun sblm nih travel seremban-kl, mungkin pada sestgh org tak jauh mana, tp bg yg tak merasa ditempat Mama yg setiap pg sensorang menguruskan diri n anak2 tmbhan lg tgh berbdn dua mmg sgt mencabar. Apapun semua pengalaman lebih mematangkan dan mengajar Mama utk lebih bersabar. Oklah tutup buku lama, bukak buku baru :-)


Selamat tinggal yang kedua...



Rumah yang kami sewa selama 5 thn stgh. 3-3 anak semuanya membesar disini. Alhamdulillah kami dah pun berpindah ke rumah kami sendiri. Sedih sebenarnya nak tgglkan rumah sewa nih. Kenangan ngan jenjiran, kucing2 n burung2 yg rajin membuang hajat dihalaman mahupun dpn pintu. Berterima kasih sgt pada tuan rumah kami yg kami jumpa 1kali sepnjg menyewa. Tp dorg mmg baik hati. Sewa umah pun tak pernah naik tau.... :-)








Selamat tinggal yang terakhir....



Tab kesayangan Mama akan pulang ke pangkuan si pemberi. Nasib baik jugak si pemberi hadiahkan sesuatu yg Mama idamkan selama ini. Masih terkial2 nak guna yg baru tu. Terus rasa tab nih jugak yg best. Niat dihati nak jek amik 2-2 skali, tapi macam tamak jek plak kan? huhuhuhu apapun, tab 7plus tetap dihati selamanya... :-)