Followers

Monday, January 30, 2012

Biler si kenit Arif ke opis Mama

Alkisahnya, Sabtu lepas Mama keja. Biasalah opis Mama nih cam pelik sket. Dalam sebulan, hari Sabtu kena kerja sekali sahaja. Biasanya, Sabtu hujung bulan. Rasa cam boring dok opis takde buat apa, so Mama angkut si kenit Arif Najwan ke opis. Uishhhh kemain suka dia dapat ikut Mama. Abang?? Tak kesah pun. Dia lagiklah suka dapat berkepit ngan Abah dia hahahahahahaha

So, apa aktiviti si Adik kat opis Mama tuh? Macam² sampai tak larat dah Mama dibuatnya. Jom tengok ....

Masa untuk menunjukkan bakat terpendam .... nampak tak menan dia kat tepi sudut tuh? Takde dia heran pun ngan menan dia tuh. Buat penat jek bawak .....
Satu dah siap, buat lagik yang lain ....
Bakal pengganti Mama ke nih? Ehehehehe nak jugak duduk kat tempat Mama yer ....
Dah siap, leh hantar atas meja Aunty Ard yek .... tengoklah dia reject ke tidak artwork adik nih huhuhh
Dah penat melukis, main, merayau satu lect room, menyepahkan bilik RnD, barulah dia teringat mintak susu


Nasib baiklah hari Sabtu kerja setengah hari jek. Kot satu hari, memang pinsan Mama layan si kenit yang sorang nih. Tepat pukul 12.45pm, dia dah sibuk tarik tangan Mama ajak balik. Ciannnn ... dah boring dok lelama kat opis Mama yer dik huhuhuhuh

Tuesday, January 17, 2012

Kembali Ceria ....

Alhamdulillah ..... Bersyukur sangat. Akhirnya Abang kembali jugak ceria seperti sediakala. Walaupon sekarang nih memang nampak sangat kurus benar badan dia. Sedih jek Mama tengok. Takpelah, slow² kan. Pasnih taulah Mama nak bagi dia vitamin untuk naikkan balik berat badan dia tuh. Sorielah gambar terkini tak sempat snap. Maklumlah, lepas anak sihat, Mak dia nih pulak manjanglah tak sihat² lagik. Entah kenapalah Mama rasakan preggy kali nih, sangat² mencabar. Setiap hari rasa penat. Loya² tak payah cerita. 24jam rasa nak mun***. Sekarang nih, Mama terpaksa bergantung kepada ubat tahan mun***. Kalo tak makan ubat nih, memang terbarai lah jawabnya. Dugaan untukku, moga Mama tabah hadapi semuanya nih. Insya-Allah ......

Wednesday, January 11, 2012

Mama rindu pada kecerian kamu sayang


Mama tak mampu nak buat apa-apa lagik. Takat hari nih, Abang tetap tak mahu makan. Puas di pujuk, tapi tetap dia menggeleng. Tak pernah Abang demam sampai macam nih sekali. Sedih dan sayu hati Mama. Mujurlah 3 hari nih Mama MC. Boleh jugak Mama jaga dia. Tapi esok, tuntutan kerja Mama perlu diselesaikan. Kalau bolehlah ... seminggu nih Mama tak mau langsung berenggang dengan Abang. Biar sampai Mama mati akal sekali pun, Mama tetap akan berusaha pujuk Abang. Seminggu lamanya dah berlalu. Dia tetap begitu ... Tidak ceria seperti dahulu. Sunyi rasa rumah nih tanpa jerit pekik tawa mu Abang.

Ya Allah, kembalikanlah kecerian anak ku Ya Allah. Ku mohon hanya padamu .... Kalau boleh digantikan sakitnya padaku, kau gantikan lah Ya Allah ... Aku redha. Asalkan dia pulih semula. Aku rindu Ya Allah .... aku rindu ....

Si Abang yang hanya mahu tido saje sepanjang hari .....

Wednesday, January 4, 2012

Bapa borek, anak rintik

Salam tahun baru 2012 semua. Nih entri pertama Mama untuk tahun baru nih. Cadang naklah bercerita pasal cuti² dan majlis pertunangan minggu lepas. Tapi gambar² tak transfer lagik dari kamera. Takpe, 2011 pun baru 4 hari berlalu kan. Belum basi lagik cerita minggu lepas nih hikhikhikhik ....

Okeh nih Mama nak citer pasal hobi hero² Mama nih. Kalo ikutkan hobi hero besar Mama tuh, merepair kereta. Tiap minggu ader jeklah benda yang nak dibeleknya. Heran tul Mama. Tak kisahlah janji pulusnya bukan pakai pulus Mama kan.... hahahahahahah Kalo dah Abahnya memang minat merepair² kereta, anak² pun tak ketinggalan. Sama jeklah hobi dorang nih gaknya kan? Almaklumlah, anak lelaki. Bezanya, anak² takde kereta. So apa yang dorang dok sebok repairkannya?

Yang ini hobi Abah ....


Dorang pun apa lagik, bukak bengkel beskal plak ... huhuhuhuh

Dah penat merepair itu dan ini, kami bawaklah pulak dorang nih ke satu tempat favorite mereka. Pantang pergi sini. Mesti inilah yang dorang tuju. Habislah sekali RM9 untuk mereka main nih. Huhuhuhu apa bleh buat. Mereka berdua nih dari dalam perut Mama lagik dah dididik untuk cintakan bidang permotoran. Tengoklah Abah dorang camne plak kan. Ehmmmm layankan jeklah ..... 





Si kenit tuh pun takmo kalah gak tuh. Suka betul dia ... ehehehehe Apa² jeklah nak. Janji kamu semua happy ^_^