Followers

Wednesday, January 11, 2012

Mama rindu pada kecerian kamu sayang


Mama tak mampu nak buat apa-apa lagik. Takat hari nih, Abang tetap tak mahu makan. Puas di pujuk, tapi tetap dia menggeleng. Tak pernah Abang demam sampai macam nih sekali. Sedih dan sayu hati Mama. Mujurlah 3 hari nih Mama MC. Boleh jugak Mama jaga dia. Tapi esok, tuntutan kerja Mama perlu diselesaikan. Kalau bolehlah ... seminggu nih Mama tak mau langsung berenggang dengan Abang. Biar sampai Mama mati akal sekali pun, Mama tetap akan berusaha pujuk Abang. Seminggu lamanya dah berlalu. Dia tetap begitu ... Tidak ceria seperti dahulu. Sunyi rasa rumah nih tanpa jerit pekik tawa mu Abang.

Ya Allah, kembalikanlah kecerian anak ku Ya Allah. Ku mohon hanya padamu .... Kalau boleh digantikan sakitnya padaku, kau gantikan lah Ya Allah ... Aku redha. Asalkan dia pulih semula. Aku rindu Ya Allah .... aku rindu ....

Si Abang yang hanya mahu tido saje sepanjang hari .....

5 comments:

SiTi said...

moga abang cepat sembuh....dia still demam lagi ker

ietams said...

ala siyannya abang..
kak dot sabar & doa banyak² yer.
harap² abang tak ape² hendaknya, Amin..

Mama Kembar Tiga said...

siannya dia. moga adli cepat sembuh.
btw, apa kata doktor? tak kena tahan wad ye?

Effi Rahmat said...

dot, cuba check mulut dia.. ada ulcer ker... sejak firas kena hfmd nih aku fobia sikit.. start dengan demam biasa².. then ulcer dalam mulut.. pastu baru ruam kat tangan dan kaki... harap² tak.. dan semoga abang vepat sihat ya..

mekchu said...

mcm mana abg sekarang? harap2 abang dah kembali sihat dan ceria spt biasa..