Followers

Friday, October 29, 2010

Alahai anak mama ....

Anak bujang mama sejak2 umo dah masuk 2 tahun nih, cakap mengalahkan orang tua. Suka betul mama dengar dia membebel cakap. Actually si abang nih segala2nya cepat. Berjalan cepat, pandai cakap pun cepat. Apa org ajar + cakap pon dia cepat tangkap. Alhamdulillah dia takdelah cakap tuh pelat2 sgt. Skang nih pon dah pandai dah tanya2 mama mcm2. Contohnya cam mggu lepas. Mama beli tudung kat kedai dekat2 opis mama nih. Biasalah kalo dah nama pun perempuankan, balik2 umah teruslah menggayakan kat depan cermin n depan si suami. Si abang nih pulak nampak mama pakai tudung terus dia cakap
"Nak pegi jalan!". Mama jawablah mama saje test tudung nih. Si abang pon bertanya
"Mama beli kat mana tu?". Alahai ... pandai pulak tanya beli kat mana.
Semalam punya kes lagik best. On the way amik dorg berdua dari taska, mama dengan secara sengajanya bawak agak laju jugak. Sebabnya bengang ngan keta depan 2-2 lane dorg bwk keta 20km/j. Si abang yg tengah main2 kat seat blakang smbl mengagah si adik, terus cakap
"Isyyhhh mama nih. Suke jek bawak laju2 tau"
hahahahah terus mama ketawa besar smbl perlahankan kereta. Termalu sendiri kena sound ngan anak kesayangan. Tak sangka dia leh ckp camtuh. 1 lagik Adli suka betul kalo dia menerangkan sesuatu dia mesti akan cakap "Tau tak mama??" hu3 comel jek ....
Dan tiap kali time balik amik dorg, dalam keta mama mesti kena nyanyi lagu kanak2.
Kalo mama tak tau nyanyi mmg akan menangislah si abang nih sepanjang2 perjalanan ke rumah.
Macam petang semalam. Dia bleh plak request kat mama swuh nyanyi lagu "Ikan kekek mak iloi".
Mama cakaplah mama tak ingat lirik dia. Apa lagik .. menjerit sekuat hati smbl menangis lah dia dalam keta tuh. Teruslah terkocoh kacah mama sms abah mintak lirik lagu tuh. Sebab biasanya abah mmg tau lirik2 lagu kanak2 nih. Dan biasanya kat umah abahlah yg rajin melayan anak2.
Ishhh tak sabo nak tggu kul 5.30pm nih. Nak balik jumpe anak2 ... Rindunyalah kat dorg ....


No comments :