Followers

Wednesday, October 1, 2014

VSS, SAHM dan kerja baru

Belanja korang gambo bambam Mama
Wooohooo sunyi sepi jek belog nih kan. Konon2 sebelum bersalin harituh cakap bleh jek setiap masa nak update belog. Tapi idak jugak berupdate hari2. Gebang jek lebihlah... hahahahha. Sebelum bersalin penyakit M kemain payah nak kikis. Lepas bersalin, penyakit lain pulak yang hinggap. Apa lagik kalo bukan nak kena belek si kuntat Mama nih 24jam jek kan... ehehehe alasan... alasan... Apa pun, awas!!! Entry kali nih dijangkakan lebih panjang sebab Mama gabungkan 3 in 1. Jimat masa dan jimat page hahahah boleh gitew? Kita mulakan dengan Mama offer diri untuk ambil VSS. Ehhh korang nih tau ke VSS tuh apa? Tau? Tak tau? Ok takpe ... meh sini Mama kasi tau ....

VSS nih nama penuhnya Voluntary Separation Scheme iaitu suatu skim dimana pekerja boleh meminta untuk berhenti kerja secara sukarela dalam sesuatu syarikat. Biasanya skim ini hanya di offer untuk syarikat swasta sahaja. Tujuan majikan offer skim ini kepada semua pekerja adalah untuk mengurangkan lebihan staff agar kos overhead terutama kos pekerjaan dapat dikurangkan. Berbalik pada kisah Mama, Mama terima offer ini sebab dah rasa kedudukan Mama kat company lama tuh terancam. Chewahhh terancam gitu. Hahahhaha takdelah, Mama memang dah risau sebab student course Mama dah tinggal 6 ketul jek. Kalau Mama stay, Mama nak ngajar apa pulak kan student dah takda. Hujung tahun nih, 5 daripada 6 tuh akan grad. Haaaa... tak ke rasa terancam disitu? Lagipun course Mama dah dihentikan buat selama2nya. Korang rase? So sebelum apa2 perkara yang tidak diingini berlaku, such as kena transfer ke mana2 branch or kena buat keje2 yang bukan dari bidang Mama, baiklah Mama undur diri. Duit pun dapat .... puluhan ribu tuh, saper yang taknak? Ehehehehe So lepas diskas ngan Abah, dia pun kata berhenti jeklah jaga anak2 dan Mama pun fikir dah jodoh ngan company tuh tak panjang, takpelah. Life must go on. Ader rezeki ditempat lain mungkin. walaupon memula rasa macam satu musibah sebab time tuh, Mama baru dapat tau preggy anak ke empat. Dok fikir, ader ke duit kami lepas nih nak buat sara anak2 yang 4 orang nih. Tapi tuhlah, kita kena fikir positive sentiasa. Rezeki ader dimana2. Tak gitew??

Memang betul, kalau kita positive, semuanya akan ok. Perkhidmatan Mama dijadualkan berakhir pada penghujung bulan Mei. Bulan 4, Mama dapat call dari pakcik Mama, mintak conduct training selama 10 hari dan dibayar sebanyak 2x ganda gaji Mama. Waktu tuh memang dah rambang mata. Ikutkan hati nak jek amik cuti 2 minggu dan pergi mengajar kat tempat pakcik Mama. Tapi kita tak boleh lepas tanggungjawab yang sedia ada. Tak amanah namanya kan. So Mama tarik diri, cakap kat pakcik, takde rezeki nak conduct training waktu tuh. Mungkin di lain masa. Fikir positif lagi, yang itu  bukan rezeki untuk Mama. Bulan 5 menjelma. Rasa sedih, sayu dan berat hati nak tinggalkan opis tu. Jawatan tuh dah sebati dalam jiwa Mama dah walaupun tak sampai 10 tahun berkhidmat. Lebih2 lagik mengenangkan rakan2 seperjuangan yang memang "The Best in Da World". Pertama kali Mama rasa bekerja bukan dengan rakan sekerja tapi macam satu keluarga. Lepas nih belum tentu dapat rasa suasana yang macam tuh lagik..... Dan bulan 5 tuh jugaklah, macam2 rezeki datang kat Mama. Pertamanya sekali lagi pakcik offer conduct training. Terus Mama terima offer pakcik walaupun bayaran takdelah sebanyak offer yang pertama dulu. Tapi pada Mama itu pun dah cukup banyak sebab mengajar 3x sahaja dan dapat gaji macam kerja sebulan. Alhamdulillah rezeki namanya tuh. Yang keduanya, dapat panggilan temuduga SPA untuk jawatan Pen. Peg. Teknologi Maklumat. Penat dah mintak jawatan Pegawai, manjang tak lepas jek interview, try mintak jawatan penolong pulak. Alhamdulillah dah sebulan duduk umah jadik SAHM, dapat berita gembira Mama lulus temuduga. Macam mimpi pun ader sebab dari tahun 2000 lagik Mama datang untuk temuduga dan amik exam bagai, semuanya tak pernah berjaya. Hahahaha berbelas tahun nokss mak menerai .... fuhhhh

Kalau diikutkan jadual asalnya, waktu sekang nih Mama sedang berada di INTAN, Kluang untuk menghadiri kursus pengenalan. Tapi disebabkan awal2 lagik Mama dah call orang2 berkenaan di JPA menyatakan yang skang nih Mama masih dalam tempoh berpantang dan cuti bersalin, makanya Mama diminta untuk melaporkan diri pada pertengahan bulan November. Keciciran lah daku dari batch yang sepatutnya. Takpe2 masih berfikiran positif, ader hikmah disebaliknya hehehehehehe. Apapun masih lagik dalam mood hanimun sebab dah lama sangat dok goyang kaki kat rumah nih kan. Belum ada lagik rasa nak amik mood masuk kerja baru. Lelebih lagik dengan kehadiran si bambam Mama nih ha. Alahaiiiii.... lagiklah hati tak keruan nak tinggalkan dia nanti. Doakan yang terbaik untuk Mama yer semua ... daaaaa jumpa lagiklah di lain masa yang tidak ketahuan biler mau update lagik eheheheheh





1 comment :

ietams said...

tahniah kak dot!
yeyyy akhirnya tercapai cita² kak dot