Followers

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Lahir Adli Zakwan

16 September 2014 - Hari Malaysia

6 tahun yg lalu pada tarikh ini, Mama bertarung nyawa selama 12jam untuk melahirkan anak pertama yang diberi nama Muhammad Adli Zakwan. Kesakitan lenyap serta merta tatkala memandang anak yg dilahirkan merenung dalam ke mata Mama.

Dan sekarang, anak ini sudah punyai 3 adik. Walaupun anak ini kadangkala endah tak endah dgn teguran Mama, tapi dialah seorang anak, seorang abg yang sangat baik hati, bijak dan mendengar kata. Mama bersyukur dikurniakan 4org permata yg tiada nilainya walaupon kadangkala kamu semua bisa buat jantung Mama terhenti berjuta kali. Tapi kamulah nyawa Mama, cinta hati Mama sampai ke syurga.

Selamat Hari Lahir untuk Abang Long. Mama doakan semoga aku panjang umur, dimurahkan rezeki dan rahmat, jadilah anak yang soleh, beriman ke jalan ALLAH, taat pada suruhanNYA, hormat pada org tua, diberikan akal fikiran yang pandai dan cerdik, diberikan kesihatan tubuh badan serta menjadi anak yang bijak pandai. Harapan Mama agar suatu hari nanti, kamu akan menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mama, Abah, AbgNgah, Kakak & Adik sayang kamu ketat2.... muahhhhhssss 😙😍

No comments :