Followers

Monday, October 21, 2013

Cuti-cuti ke Gold Coast Morib

Adehhhhh .... sepatutnya entri nih dah publish Jumaat lepas lagik, iaitu tatkala tuan tanah sedang berada di Utara tanah air. Tah kenapa plak tah ader problem time nak publish. Fuhhhh potong stim betul, terus Mama peram dalam draft. Hari nih baru hegeh² nak publish. Itu pun dah nak balik dah baru teringat ... haaaaa lah betul .....

Kami dah 2 kali ke GCM nih. Perghhh seronok sangat ke sampai 2 kali pegi nih? Banyak betul duit? Pertama skali, yuppp.... mmg seronok. Theme park dalam hotel terbaiklah setakat yang kami pernah pergi. Takat jakuzi dalam bilik dia tuh tak heran sangat pun. Mungkin pada yang nak hanimun okaylah, bleh rendam sesama dalam jakuzi. Kami dah ber5. Runtuh plak jakuzi tuh kot nak rendam sesama hahahahahah keduanya banyak duit? Alhamdulillah. Percutian kami ditaja. Haaaa? Ditaja? Takde saper nak taja hokey. Berangan. Hingat aku artis? Cuma beli voucher dari MyDeal dengan harga rm168 termasuk bekpes dan pas masuk ke theme park utk 2 org dewasa. Pas masuk ke themen park untuk kanak² pulak kena lah tambah sendiri. RM20 untuk yang berumur 2 tahun hingga ke umur brapa, tak ingat plak. Voucher pertama beli awal Januari dan yg kedua beli masa tengah dalam percutian yang pertama. Tak puas punya pasal. Tak abis mandi manda lagik, dah beli yang baru pulak. Kali pertama pergi time cuti panjang masa raya arituh. Kali kedua pulak awal bulan 10 nih.
Bercerita pasal servis kat sana pulak, 2 kali pergi 2 kali dpt servis yg berbeza. Servis kali pertama, memang agak memuaskan. Kami sampai check in dorg tengah kemas bilik. Abglong yg patutnya kena bayar masa bekpes, dorg ckp kira halal jek. Tapi kali kedua datang, cam hampeh plak. Kami check in lambat kul 4. Dengan bilik xberkemas lagik, tunggu sampai kul 5 baru siap. Itu pun Mama yang dok main panggil jek cleaner tengah lalu depan bilik. Nasib aku tak mengamuk jek tau. Time tuh muka nih toksah cakaplah, dah sama taraf ngan muka singa lapar. Memang kecoh betul biler jenjiran kami yang check in pukul 2 pun bilik xsiap kemas lagik. Ape cerrrr? Abglong plak time bekpes dah kena bayar. Kali nih takde kira halal yek... Makan pun ciput jek. Tak berbaloi kena bayar sampai RM18.
Kesimpulannya, tempat nih memang best. Kami siap dah plan nak datang lagik tahun depan. Harapnya ada lagiklah jual voucher dari mydeal. Bab yang tak best tuh, tutup mata jeklah. Tak semua orang mendapat nasib yang baik kan? Kami ok jek pun.
Nantikan next entri Mama, suka duka perjalanan kami ke utara. Banyak sangat pulak dugaan nih.

3 comments:

Unknown said...

dh ramai kwn2 lin gie goldkos morib nie..rase nak pg la juga :)

mamaarifakeemaisy said...

Bestkan.. mmg agak berbaloi.. :-)
Masa eina pg dulu pun takyah byr bf gak.. mgkn tgk pd nasib kot kan..huu..
Deal byk utk morib ni, groupon ada, my deal, living social...

ietams said...

bestnya.. tak terpegi² lagi ke GoldCoast Morib ni..