Followers

Thursday, September 9, 2010

PeRSiaPaN RaYa & SeLaMaT HaRi RaYa ....


Diam tak diam tinggal lagik sehari jek lagi kita nak menyambut Hari Raya. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana kami sekeluarga masih lagi berpeluang merasai kenikmatan menyambut hari raya pada tahun ini. Lebih2 lagik tahun nih kami menyambutnya ber4. Seronok tak terkata ..... walaupon sambutan hari raya tahun nih (yg juga jatuh pada hari lahir mama :D) kami menyambut di kampung abah, tapi suasana meriah tetap dirasai. Memang seronok sambut raya bila dah bergelar MAMA nih :D

Persiapan raya kali nih ala kadar jek. Ala kadar pon yg pastinya baju raya mama tak lebih tak kurang mesti 3 pasang. Kenapa? Sebab dah terbiasa dari kecik lagik camtuh hu3 Untuk anak2 mama pastinyalah yg terbaik. Well hari nih mama dah start cuti. Abah pun sama. Agenda mama tentunyalah nak mengemas rumah. Abah plak sebok nak g servis kereta. Anak2? Cian dorg ... still lagik kena hantar ke Taska. Kot tak mmg tak jadik kejelah mama kat umah nih nanti. Ini pun di saat mama update blog nih, 1 jek lagik keje yg tak siap lagik. Apalagik kalau tak lipat baju + packing baju. Benda yg paling2 mama malas nak buat tp kena gak buat sbb kalo abah yg tolong buatkan mestilah ader jek yg tak kena pada mata mama hu3

Well esok pagi Insya-Allah kami akan bertolak balik ke kampung abah kat Rembau. Ehmmm lama betul kitorang tak balik kampung. Adli mesti suka sgt2 dapat balik kampung. Maklumlah luas seluas2nya kawasan umah nyang dia tuh. So kami akan beraya di Batu Pahat pulak pada raya ke 4. So secara otometiknya mama akan off dr blogging nih dari 9/9/2010 sampailah 19/9/2010. Tetiba sekiranya ada kelapangan so mama akan update lagik berita2 mengenai suasana sambutan raya kami nanti ... Insya-Allah

Langsir raya dah siap pasang ....

Baju hero2 mama yg dah siap iron ....

Nih lak baju raya mama yg dah siap iron ...

Oklah .. dikesempatan ini Mama sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. KEPADA YANG AKAN PULANG BERAYA DI KAMPUNG, BERHATI2 DIJALAN RAYA, PANDU DENGAN CERMAT DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG ...

No comments: