Followers

Monday, October 21, 2013

Cuti-cuti ke Gold Coast Morib

Adehhhhh .... sepatutnya entri nih dah publish Jumaat lepas lagik, iaitu tatkala tuan tanah sedang berada di Utara tanah air. Tah kenapa plak tah ader problem time nak publish. Fuhhhh potong stim betul, terus Mama peram dalam draft. Hari nih baru hegeh² nak publish. Itu pun dah nak balik dah baru teringat ... haaaaa lah betul .....

Kami dah 2 kali ke GCM nih. Perghhh seronok sangat ke sampai 2 kali pegi nih? Banyak betul duit? Pertama skali, yuppp.... mmg seronok. Theme park dalam hotel terbaiklah setakat yang kami pernah pergi. Takat jakuzi dalam bilik dia tuh tak heran sangat pun. Mungkin pada yang nak hanimun okaylah, bleh rendam sesama dalam jakuzi. Kami dah ber5. Runtuh plak jakuzi tuh kot nak rendam sesama hahahahahah keduanya banyak duit? Alhamdulillah. Percutian kami ditaja. Haaaa? Ditaja? Takde saper nak taja hokey. Berangan. Hingat aku artis? Cuma beli voucher dari MyDeal dengan harga rm168 termasuk bekpes dan pas masuk ke theme park utk 2 org dewasa. Pas masuk ke themen park untuk kanak² pulak kena lah tambah sendiri. RM20 untuk yang berumur 2 tahun hingga ke umur brapa, tak ingat plak. Voucher pertama beli awal Januari dan yg kedua beli masa tengah dalam percutian yang pertama. Tak puas punya pasal. Tak abis mandi manda lagik, dah beli yang baru pulak. Kali pertama pergi time cuti panjang masa raya arituh. Kali kedua pulak awal bulan 10 nih.
Bercerita pasal servis kat sana pulak, 2 kali pergi 2 kali dpt servis yg berbeza. Servis kali pertama, memang agak memuaskan. Kami sampai check in dorg tengah kemas bilik. Abglong yg patutnya kena bayar masa bekpes, dorg ckp kira halal jek. Tapi kali kedua datang, cam hampeh plak. Kami check in lambat kul 4. Dengan bilik xberkemas lagik, tunggu sampai kul 5 baru siap. Itu pun Mama yang dok main panggil jek cleaner tengah lalu depan bilik. Nasib aku tak mengamuk jek tau. Time tuh muka nih toksah cakaplah, dah sama taraf ngan muka singa lapar. Memang kecoh betul biler jenjiran kami yang check in pukul 2 pun bilik xsiap kemas lagik. Ape cerrrr? Abglong plak time bekpes dah kena bayar. Kali nih takde kira halal yek... Makan pun ciput jek. Tak berbaloi kena bayar sampai RM18.
Kesimpulannya, tempat nih memang best. Kami siap dah plan nak datang lagik tahun depan. Harapnya ada lagiklah jual voucher dari mydeal. Bab yang tak best tuh, tutup mata jeklah. Tak semua orang mendapat nasib yang baik kan? Kami ok jek pun.
Nantikan next entri Mama, suka duka perjalanan kami ke utara. Banyak sangat pulak dugaan nih.

Monday, October 14, 2013

Setiaku disini versi Salam Aidiladha ....

Tatkala orang lain sibuk membakar lemang, membuat persiapan raya menjelang esok, Mama masih setia di opis. Aikkk? Ko tak cuti ke mak? Ha ahhlaaaa ... tak cuti nokksss .... Mak nak cuti panjang lepas Raya nanti. Oppsss mak nak kemana tuh yerk? Jeng ... jeng .... jeng ....

Datang opis, siapkan soklan untuk midterm exam, pehtu sambar kfc plak sedas (sebaik key ep ci dopan nih yo). Kedai makan melayu sumer tak bukak yer. Esok nak raya dah kan. Kot kat N9 nih, sehari sebelum raya dorang panggil hari mantai. Usah di tanya makna mantai tuh ape yer. Den anak Johor hahahahah Johor Darul Takzim, bukan Jantan Dayus Team aaaarrrr .... choiii betul saper yg berani bagi tagline cenggituh. Huhhhhhh

Nampak sepapan "pen ojol" aka panadol itu? Haaaaa badan nih setat dari hari Sabtu, rasa seram sejuk, sendi² sakit. Rasa cam menyucuk² jek. Abah cakap tuh tanda² nak demam. Alahai lepas Adik Aimy demam, mesti Mama plak amik turn. Tak sukalah demam² nih. Banyak kerja terbengkalai nanti. Cecepat telan panadol, terus okay. Tapi dalam tempoh 8 jam saja. Lepas tuh kena telan lagik ..... dan lagik .... dan lagik .... sampai ke hari nih. Ohhh badan, cepatlah sihat dan kuat seperti sedia kala ....

Berbaju kurung dan terpaksa sarung baju sejuk, sejuknya rasa kat opis nih ... almaklumlah 3 kerat jek yang ader kat bilik lecturer. Hari nih kita jimat letrik, tak payah pasang air cond yer ... hahahahahah

Selamat Hari Raya AidilAdha semua .... ^_^


Friday, October 11, 2013

Adik Aimy demam pulak dahhhh ....

Tolak tepi dulu nak buat entri bersuka-suki di GCM. Bagi laluan untuk entri anak dara Mama nih dulu yer. Baru pasan, jarang bebenor Mama update pasal anak dara nih kan? Ini tidak adil .... tidak adil ... bagimu ... ehehehehe

Alkisahnya, 2 hari lepas anak dara sorang nih kena demam pakej. Demam pakej nih siap ngan selsema dan batuk sekali yer. Adik Aimy nih jarang bebenor nak tengok dia demam. Tuh sebab kalo sekali demam, memanglah Mama rasa sedih dan risau sesgt. Walaupun adik demam biasanya akan cepat reda kalau dah masuk ubat, tapi batuk dan selsemanya akan lambat sket baik. Alhamdulillah, walaupun demam adik tetap aktif macam biasa. Main bola sepak, bergaduh dgn abg ngah, memanjat .... aktif macam biasa. Tapi air mata asik berlinang jek. Panas dalam kot. 

Pegi klinik semalam, bleh plak anak dara nih menangis beriya² masa dokter nak check. Alahai dik, dokter nak check awak jek pun. Bukannya nak buat apa. Entah kenapa lain plak perangai dia semalam. Selalu tuh elok jek dia jumpe dokter yang sama jugak. Masa time makan ubat pulak, gud girl jek dia kecuali kena makan ubat antibiotik. Mulalah muntah habis keluar isi perut dengan segala lendir kahak bagai semua. Abah kata ubat tuh sumpah tak sedap. Pahit giler!! Patutlah adik pun taknak telan.

Apa pun, keadaan hari nih Alhamdulillah nampak dia dah ok. Demam pun dah kebah, batuk selsema macam dah takde jek. Agaknya dek kerana dah abis muntah berlambak malam tadi kot. Tapi ..... hati ibu nih masih lagik berbaki risaunya. Haraplah adik dah pulih sepenuhnya. Tak suka tengok anak² sakit. Kalau bleh transfer sakit anak ke Mama nih kan, memang sanggup walaupun diri sendiri pun tak cukup kuat nak menahan sakit eheheheheh janji jangan anak² yang sakit.

Masuk opis pagi nih terpandang pulak status kat fb member opis mama pasal penyakit Pneumococal. Kalau sebelum nih abg ngah pernah kena Pneumonia masih boleh diubati tapi penyakit Pneumococal boleh sampai ke tahap meragut nyawa. Nauzubillah .... Ya Allah, selamatkanlah anak²ku dari segala penyakit yang merbahaya, yang tidak diingini di dunia ini Ya Allah. Lindungi mereka dari segala penyakit dan sihatkan tubuh badan mereka Ya Allah.

Apa yang hendak Mama kongsikan tadi nih adalah betapa pentingnya vaksin untuk anak² kita walaupun trend zaman sekarang ramai parents yang taknak berikan vaksin atas alasan kandungan dalam vaksin tersebut. Pada Mama, mana vaksin yang penting dan kandungan nya halal, memang wajarlah kita ambil. Sebagai langkah berjaga² juga. Kalau pun tetap taknak ambil juga, itu hak masing². Boleh jugak kita gantikan dengan cara tradisional contoh pemberian madu dan kurma yang sememangnya bagus untuk kita amalkan. Tapi, kalau Allah dah kata "Kun faya kun" siapalah kita untuk menidakkan ketentuan olehNya.

Al-Fatihah untuk adik Aqil Hamzah yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia setahun 3 bulan. Punca penyakit arwah yang disahkan menghidap Pneumococal yang mana berpunca dari demam biasa dan batuk sedikit akhirnya telah meragut nyawa adik comel ini. Arwah telah 5 bulan pulang ke pangkuan Ilahi. Mama tabik pada ibu arwah yang begitu tabah menghadapi dugaan besar dari Allah. Kalau Mama lah, belum tentu boleh setabah Erina. Semoga Allah merahmati hidup kamu sekeluarga dik .... Al-Fatihah!

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday #33:GCM, kami datang lagi .... masa untuk bersantai!!

#Tangan saper paling putih .... tetttt ^_^
Cerita ceriti percutian singkat kami akan menyusul. Dah 2 kali pergi sini tapi tak sempat nak update dalam blog. Mak bizi sangat nokkksssss hahahahah