Followers
Thursday, November 22, 2012
Selamat Berkhatan!
Alkisahnya, yg berkhatan nih anak2 buah kesayangan Mama. Anak kaklong Mama... 2 org sekaligus. Yg sulung umo 9 thn, yg kedua umo 7 thn. Excited memasing nak khatan. Bagus dorang nih. Dalam dok sakit2 tuh (sakit eh?) sempat dorang layan ps2. Haiii anak zaman moden kan :-)
Wednesday, November 21, 2012
Wordless Wednesday #17: Khusyuk!
Bangun jek dari tido, dok pakat layan upin ipin. Si kenit Mama tuh pun xmo ketinggalan hokey! Hehehehe
Tuesday, November 20, 2012
Menu kami malam ini
Menu yg serba ringkas, ayam goreng kunyit dan sayur bakchoy dimasak bersama sos tiram. Ringkas tapi sedap. Errr sedap kah? Buktinya, habis licin. Kekonon Mama nak bwk bekal ke opis esok kalo tak abis. Tengok2 licin rupanya. Alhamdulillah, sekali sekala Mama dapat masak, hero3 makan smpi licin, seronok jek tengok :-). Ehmmm naper sesekali jek Mama masak? Sebabnya kalo si kenit tak tido lagik, mmg nak mengempeng jek smpi xleh wat keje lain. Nasib baik Abah pandai masak, kot tak, hari2 mkn kat kedai jeklah huhuhuhu
Monday, November 19, 2012
Si kenit yang makin lasak
Lama tak update blog kan. Bersawang!
Nih nak citer pasal si kenit Mama. Dah 3 bln stgh usianya. Masuk 3 bln jek, adik Aimy terus pandai meniarap. Yer... Paling awal antara yg lain. Skang dah makin lasak. Cukup susah nk pakaikan pampers n baju. Tapi kot bab bukak baju n bugil2 dia mmg suka. Paling seronok time mandi berendam dlm 'bathtub'. Cukup suka smpi kadang2 keluar dr air jek dia bleh nangis. Satu lagik perangai, cukup suka bgn pukul 4am. Hadoiiii pening kepala Mama n Abah. Ehhh Abah pening jugak? Opkoslah Mama kejut, amik giliran huhuhu sbb biasanya adik akan berjaga atleast sejam. Cukup sejam dia xtido, mmg Mama terus pas baten kat Abah. Ngantuk hokey huhuhuhu
Tuesday, November 13, 2012
Bergelimpangan
Seronok jek tengok anak2 tido macam nih. Ini maknanya dorang tido sendiri tanpa disuruh. Termasuklah si kenit tuh. Dok golek2 main janggut n hidung mancung Abah, alih2 dah lelap. Gud gurl! Time nihlah Mama n Abah nak rest sekejap. Kang dorang bangun, dok mengulit dorang jek huhuhu
Thursday, November 1, 2012
Tumbangnya hero Mama
Semalam hari paling huruhara. Tiga-tiga hero Mama demam. Serentak okey. Tetgh malam Mama terjaga, rasa badan abglong n abg ngah kemain panas lagik. Abahnya pulak sampai menggigil satu badan. Aduhhh dah kenapa pulak lelaki-lelakiku sakit semuanya nih? Teruslah Mama amik towel basah, letak kat kepala abg2. Abahnya, Mama kejut bg makan ubat. Memang suspen betul biler mereka ber3 jatuh sakit. Hari nih, Alhamdulillah semua dah pulih. Hati Mama pun senang jek tgk mereka ceria. Kot tak tuh, sunyi jek rasa rumah nih. Dorang demam dek kerana jangkit ngan Mama yg dulu demam minggu lepas. Haraplah si kenit Aimy tak demam yerrr.
-Mode Mama sedang bercelaru. Kenapa? Tunggu next entry lah-