Followers

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Penangan Blogbuster Campaign En. NuffNuff

Aduihhhlaaaa ....

Muka gua yang tengah tensen tak tau nak buat video apa huhhh
Kengkawan ada tak yang dapat emel daripada En. Nuffnuff nih? Kena buat video plak lagik tuh. 1st  campaign hari nih kena submit, tapi Mama no idealah ... campaign pasal Acer Hybrid Ultrabook. Wohh hoooo .... I nih manalah pandai nak berlakon. Aisehhh ... help². Alaaaa rilekslah kan .. nih baru selection jek tuh. Macam bajet bagus jek video ahkak terpilih ahahahah haruslah perasan sbb kalau video terpilih, hari² korang leh tengok video Mama kat iklan dalam blog Mama tuh nanti ... hahahahah perasan jeklah haku!!

Okay... jap² lagik nak menggagahkan diri buat video untuk 1st campaign. 2nd campaign plak pasal Project C? Aiseyyyy idea ohhh idea ... meh lah datang sini huehuhehuehueuhee 

 

Friday, May 3, 2013

Corat-coret pilihanraya ....

Haaaaa .... korang semua dah bersiap sedia nak menghadapi PRU-13 hari Ahad nih? Harapnya semua berjalan dengan lancarlah kan. Apapun keputusan yang akan diperolehi, semoga akan membawa suatu perubahan kepada rakyat jelata. Ingat yer ... pastikan pilihan anda tepat dan undi anda adalah rahsia ... ehehehehe

Bercakap pasal PRU nih, kolej Mama pun tak lepas jugak daripada fenomena PRU nih. Tapi lebih kepada pemilihan MPP. Tetiap tahun (ke semester ek?) ada jeklah muka² baru MPP. Tujuan untuk menggilap kredibiliti pelajar² nih (sangatlah kan .... ). Sebenarnya Mama takdelah terlibat langsung dalam pemilihan MPP tapi terlibat time kiraan undi. Ha ... bab nih memang saya suka, saya suka. Keputusan dah diperolehi dan pengumuman MPP yang baru pun dah dibuat pada hari Isnin lepas.

Situasinya? Huhhh dengar cerita ada calon yang tak puashati sebab undian dia rendah dan ada jugak calon yang tak berpuashati orang lain yang menang jawatan presiden. Hahahahah situasi cenggini Mama dah rasa cam betul² dorang leh join politiklah. Errrr ... no komen yer ^_^

Satulah nak bagitau kat mereka nih, pemilihan berdasarkan undian rakan² anda sendiri. Kalau ada rakan² anda yang tak undi anda, kita nak kata apa yer? Mungkin mereka belum cukup yakin dengan kredibiliti anda dan ada yang lebih berkelayakan dari anda. Janganlah syok sendiri cam awak tuh dah hebat sangat! (mohon terasa)

Apapun sempena PRU-13 nih, undilah .... Tettttt ..... ehhhh undi ahkak adalah rahsia. Oppsss aku balik mengundi ker? Macam tak jek hahahahahahah



Monday, December 13, 2010

KAMI MERAYU

Mama menyokong penuh kempen yg dianjurkan oleh en. ben nih. tuh yg rasa terpanggil gak nak berkempen sama. Korang nak join? Jom klik sini ....

Nak kata pengalaman bersama perokok nih, dah selalu sgtlah. Kadang tuh rasa cam pelik jek napalah asap rokok dia mesti nak pegi kat mama jugak. Paling tidak pun mama buat2 batuk or kibas2kan dgn tangan. Nak sound lelebih tak branilah ... Tapi sebenarnya mama mmg tak suka dgn perokok nih + mama alergic ngan asap rokok. Kesnya ... mama hampir2 takleh idop lama disebabkan asap rokok nih dan si perokok itu tak lain dan tak bukan adalah ayahanda tercinta mama ... Sedihkan??? 

Ehmmm .. semuanya berlaku 26tahun yg lampau (giler dah lama ... dah tuo ruponyo den nih ha) Abah mama mmg seorang 'Heavy Smoker'. Sehari dalam 5-6 kotak selamba dia bleh balun abis. Pulak tuh ms zaman dulu2 nih, dorg bleh plak buat cam lucky draw beli sekotak rokok nnt kat dlm tuh ader present leh dpt se'karton' kotak lagik. Masa nih mama umo 5 thn. Abah mama tak kira masa or tempat nak merokok. Mama pulak mmg rapat ngan Abah mama. So setiap kali hembusan asap rokok tuh sah2lah akan dpt kat mama kan? Nak dijadikan cerita. Ader satu hari nih mama kena batuk2 tak henti2. Batuk yg mmg takde kahak. Batuk kering lah camtuh. Mama dibwk ke klinik. Then mak mama gtau mama batuk. Kena tonsil sbb suka minum ais. Dokter pun bagilah ubat batuk biasa tuh. Tapinya berlarutan smpi 2 mggu. Time nih, mak n abah cam dah panik sbb batuk mama makin teruk. Dorg bawak lagik pegi klinik yg lain plak. Klinik Dr. Chua Soi Lek (bekas menteri kesihatan) terus dokter tuh terus bwk g x-ray. Lepas jek x-ray dokter panggil mama, mak n abah masuk lam bilik dokter. Yg mama ingat, abah kena marah ngan Dr. Chua sbb dia kata paru2 mama penuh ngan asap. Dia tunjuk kat x-ray tuh mmg nmpk gelap jek. Paling mama ingat ayat dia "You nak anak you mati ker?". Dan disebabkan peristiwa tuhlah Abah mama amik kptsn tuk berhenti terus dr merokok. Alhamdulillah smpi skang nih mmg Abah mama tak brani lgsg nak merokok balik. Dokter bgtau yg mama hampir2 kena sakit paru2. Kalau Abah mama tak berhenti terus kemungkinan mama nak hidup lama amatlah tipis. Alhamdulillah sekali lagik, mama dpt hidup smpi ke hari ini. Dan disebabkan peristiwa silam inilah, mama begitu cerewet utk mencari boipren apatah lagik calon suami. Sebaik jugaklah dpt abah yg mmg bukan perokok. :D
p/s abang ipar mama seorg perokok. Tapi kaklong mama pernah bgtau kat dia kes mama nih so bila depan mama dia mmg tak berani lgsg nak merokok ... heheheh rasa cam best jek plak ader org hormat kat kita camtuh kan :D