Followers

Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Cuti-cuti ke Gold Coast Morib

Adehhhhh .... sepatutnya entri nih dah publish Jumaat lepas lagik, iaitu tatkala tuan tanah sedang berada di Utara tanah air. Tah kenapa plak tah ader problem time nak publish. Fuhhhh potong stim betul, terus Mama peram dalam draft. Hari nih baru hegeh² nak publish. Itu pun dah nak balik dah baru teringat ... haaaaa lah betul .....

Kami dah 2 kali ke GCM nih. Perghhh seronok sangat ke sampai 2 kali pegi nih? Banyak betul duit? Pertama skali, yuppp.... mmg seronok. Theme park dalam hotel terbaiklah setakat yang kami pernah pergi. Takat jakuzi dalam bilik dia tuh tak heran sangat pun. Mungkin pada yang nak hanimun okaylah, bleh rendam sesama dalam jakuzi. Kami dah ber5. Runtuh plak jakuzi tuh kot nak rendam sesama hahahahahah keduanya banyak duit? Alhamdulillah. Percutian kami ditaja. Haaaa? Ditaja? Takde saper nak taja hokey. Berangan. Hingat aku artis? Cuma beli voucher dari MyDeal dengan harga rm168 termasuk bekpes dan pas masuk ke theme park utk 2 org dewasa. Pas masuk ke themen park untuk kanak² pulak kena lah tambah sendiri. RM20 untuk yang berumur 2 tahun hingga ke umur brapa, tak ingat plak. Voucher pertama beli awal Januari dan yg kedua beli masa tengah dalam percutian yang pertama. Tak puas punya pasal. Tak abis mandi manda lagik, dah beli yang baru pulak. Kali pertama pergi time cuti panjang masa raya arituh. Kali kedua pulak awal bulan 10 nih.
Bercerita pasal servis kat sana pulak, 2 kali pergi 2 kali dpt servis yg berbeza. Servis kali pertama, memang agak memuaskan. Kami sampai check in dorg tengah kemas bilik. Abglong yg patutnya kena bayar masa bekpes, dorg ckp kira halal jek. Tapi kali kedua datang, cam hampeh plak. Kami check in lambat kul 4. Dengan bilik xberkemas lagik, tunggu sampai kul 5 baru siap. Itu pun Mama yang dok main panggil jek cleaner tengah lalu depan bilik. Nasib aku tak mengamuk jek tau. Time tuh muka nih toksah cakaplah, dah sama taraf ngan muka singa lapar. Memang kecoh betul biler jenjiran kami yang check in pukul 2 pun bilik xsiap kemas lagik. Ape cerrrr? Abglong plak time bekpes dah kena bayar. Kali nih takde kira halal yek... Makan pun ciput jek. Tak berbaloi kena bayar sampai RM18.
Kesimpulannya, tempat nih memang best. Kami siap dah plan nak datang lagik tahun depan. Harapnya ada lagiklah jual voucher dari mydeal. Bab yang tak best tuh, tutup mata jeklah. Tak semua orang mendapat nasib yang baik kan? Kami ok jek pun.
Nantikan next entri Mama, suka duka perjalanan kami ke utara. Banyak sangat pulak dugaan nih.

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday #33:GCM, kami datang lagi .... masa untuk bersantai!!

#Tangan saper paling putih .... tetttt ^_^
Cerita ceriti percutian singkat kami akan menyusul. Dah 2 kali pergi sini tapi tak sempat nak update dalam blog. Mak bizi sangat nokkksssss hahahahah

Tuesday, June 28, 2011

Isra' Mi'raj

Pejam celik, pejam celik, esok dah 27 Rejab. Maknanya apa ya? Ehmmm ... esok adalah merupakan hari Isra' Mi'raj. Yeayyy ... Negeri Sembilan cuti. Apa dia Isra' Mi'raj nih? Mungkin ader yang dah tau atau ada yang terlupa atau pun ader yang memang tak tau. Jadiknya, Mama akan kongsikan bersama² apa itu Isra' Mi'raj

Isra' bererti berjalan pada malam hari. Dalam kajian sejarah Islam, bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa. Manakala Mi'raj bererti tangga untuk naik ke atas. Dalam istilah Islam, Mi'raj bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW naik dari bumi ke langit ketujuh dan dilanjutkan ke sidratulmuntaha hingga menerima wahyu di hadirat Allah SWT. Dalam perjalanan ini, Rasulullah SAW mendapat perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Disebabkan peristiwa Isra' bersamaan dengan Mi'raj, maka kedua kata itu senantiasa digabungkan pemakaiannya menjadi Isra' Mi'raj. 



Peristiwa yang sangat penting dan bersejarah itu terjadi pada 27 Rejab, setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa maha dahsyat itu diterangkan Allah SWT dalam surah Al-Isra (Bani Israil) ayat 1
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



Peristiwa Isra' Mi'raj
Ada beberapa peristiwa yang merangkumi Isra' Mi'raj, bukan hanya sekadar perjalanan dari Mekah ke Yerusalem dilanjutkan ke langit dengan kendaraan Buraq, antara yang lainnya ialah: 
  • Pembelahan dada Nabi Muhammad saw. yang kemudian disucikan dengan air zamzam oleh MalaikatJibril di samping Kabah sebelum berangkat ke Yerussalem
  • Nabi Muhammad saw. menjadi imam atas nabi-nabi terdahulu ketika shalat sunnah dua rakaat di Masjid Al-Aqsa 
  • Malaikat Jibril datang membawa dua gelas minuman yang berisi susu dan arak. Nabi Muhammad saw. memilih susu yang mengisyaratkan bahwa umat Islam tidak akan tersesat 
  •   Di langit pertama, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Adam AS. Di langit kedua bertemu Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Di langit ketiga bertemu NabiYusuf As. Di langit keempat bertemu Nabi Idris AS. Di langit kelima bertemu Nabi Harun AS. Di langit keenam bertemu Nabi Musa AS. Dan di langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim AS.
  • Saat mendapatkan perintah solat, Nabi Muhammad SAW telah berbincang dengan Nabi Musa AS di langit keenam tentang bilangan solat dalam sehari 
 Makna Isra' Mi'raj
  • momentum bagi setiap Muslim untuk bermuhasabah dan meneguhkan komitmen dalam beragama, baik pada individu mahupun keumatan dan kemanusiaan secara umum
  • mengingatkan setiap Muslim bahwa Allah Mahakuasa untuk memberi jalan keluar bagi setiap persoalan yang kita hadapi
  • mengajarkan bahwa keunggulan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dibandingkan dengan nabi dan umat lainnya tidak untuk dibanggakan sebaliknya adalah untuk pengetahun dan pengajaran
  • menuntut setiap Muslim untuk meningkatkan kualiti dan meningkatkan kegiatan untuk membangunkan kemaslahatan umat
  • hikmah yang paling utama pada peristiwa Isra' Mi'raj adalah perintah solat lima waktu. Solat adalah simbol ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Solat merupakan pengakuan diri seorang hamba diatas keagungan dan kebesaran Allah SWT

Hikmah Solat

Ibadah solat adalah paling utama, sehingga Nabi Muhammad pun menerima perintah ini di Sidratulmuntaha dan berhadapan langsung dengan Allah SWT. Solat juga harus dilakukan lima waktu dalam sehari, sangat berbeza misalnya dengan puasa yang hanya setahun sekali. Sedangkan hikmah di sebalik perintah solat, beberapa di antaranya adalah terletak pada gerakan-gerakannya iaitu:

  •  Dengan mengangkat kedua tangan saat takbir, seorang hamba menghormat penuh khidmat kepada Allah SWT dengan segala kepasrahan, menjunjung tinggi dengan mengucapkan Allahu Akbar, tidak ada yang lebih besar lagi di dunia ini kecuali Allah SWT
  • Meletakkan kedua tangan di atas dada, merupakan tanda kepatuhan, kepasrahan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan ruku adalah tanda kepasrahan dan kepatuhan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan sujud adalah bukti ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Sekaligus mengingatkan diri kita bahwa kita sesungguhnya berasal dari tanah dan akan kembali jua ke tanah.


Friday, January 14, 2011

♥ CuTi SeMPeNa HaRi KePuTeRaaN YaM TuaN N9 ♥

Yeayyy .. hari nih N9 cuti. Best betul dapat cuti hari Jumaat. Cam biasalah, kalo Mama cuti otometik Abah pun kena cuti gak. Sebabnya tak danlah Mama nak jaga hero2 nih sensorg. Lelebih lagik, beby Arif lum lagik baik dr kena ceriberi. Walaupon hari nih dia dah bleh ceria cam biasa but still kena ceriberi cumanya takdelah teruk sgt. Memandangkan hari nih hari Jumaat, so takde maknanyalah kitorg nak gie jenjalan sbb Abah cukup tak gemar berjalan2 time hari Jumaat. Payah nak g semayang Jumaat nanti katanya. So memula tadi dah decide lepas Jumaat nak glah shopping2 barang dapur sket. Tapinya .. elok jek lepas Mama semayang Zuhur, Ayie lak tewas di atas katil. Tak lama pastuh, Adik lak menyusul .... 
Ehmmm ... baru cadangnya nak beli bahan tuk buat Popia Pisang. Skali tuh 2-2 hero tewas ... jawabnya goreng keropok lekor jeklah ... itupun Abah yg goreng hahahahahahah

Adik ... cam biasalah, kalo tak sehat mesti dia nak tido dlm seat nih :D

p/s Peserta GA Mama yg baru join, Mama tak sempat lagik nak terjah. Maklumlah ... kalo kat umah mmg payah sket nak update blog. Tunggu hero3 dah lelap baru leh update.

Monday, December 27, 2010

♥ WeeHuuu ♥

~n3 Auto Publish sbb hari nih sehari suntuk mama bizi ngan presentation projek PHP~
Picca ihsan dr en. google

Yesssss ... minggu nih dah start study week tuk student mama. It's mean blehlah mama berehat setelah hampir 4 bulan memerah keringat mengajar bdk2 nih.
Dan juga .... banyaklah masa mama nak berceloteh kat sini .. nak blogwalking ngan hati yg senang lenang ... heheheheheh 
BeSTNYaaaaaa .... SYoKKNYaaaaaaa .....