Followers

Showing posts with label Abang Adik. Show all posts
Showing posts with label Abang Adik. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Nananananana ... PENYU kite ....

Meidei ... meidei .... Sabtu lepas didapati 3 ekor penyu telah mendarat di N9. Actually, 4 ekor tapi yang sekor tuh dia pit stop kejap jek kat Senawang, pehtu dia ikut tuan baru dia balik Seremban 2 ... Heeeeee

Mekasihlah kat Kak Long Mama yang bersusah payah import penyu kaler² nih demi untuk anak² buah dia yang tersayang. Suke tau I ngan kaler penyu nih ... santek gitew (okey, mak dia yg over suke plak kan). Kaler cukulat tuh abglong yang punya. Kaler ijau, abgngah punya dan yang kecik pinky² tuh semestinyalah si adik yang punya. Abang² sangat sayang dengan penyu nih. Di kelek jeklah kemana saja. Sampai tido pun diselimutkan sekali penyu tuh. Haaa part nih abglong punya keje. Tetengah malam Mama bangun mmg buat gugur jantung aku nih tau. Yelahhh terkejut tgk dia berselimut berdua ngan penyu. Bertuah betul!

Kot abg² sangat sayang ngan penyu, adik plak cemana? Tak heran dhoooo .... dia lagik berminat ngan menan pedang pistol keta resing bagai tuh semua yang hak milik abg. Adehhhh awatlah anak dara aku nih berkenan ngan menan budak laki ek??? Ehmmmmmmm .....

Thursday, April 11, 2013

Penangan Supa Strikas

Ehhh korang pernah tak layan Supa Strikas nih? Alaaa citer katun men bola sepak yang dok ulang² tayang kat Astro XD tuh .... tengok tak? Tak tengok ker? Ha... balik kang korang cer tekan channel 617 ek ... Layan gaklah katun nih. Alaaaaah dah terpaksa. Mau taknya uols, hero² Mama nih asal balik jek terus ngadap channel nih lah. Si abg long tuh kan, mementang dah sekolah nih, dah kenal nombor, so remote astro tuh, dia yang pegang hokey!

Disebabkan katun nih lah, hero² makin menjadik² semangatnya nak men bola. So tetiap minggu lah dok ngajak Abahnya men bola kat kompleks sukan Paroi nun. Main bola nya kejap jek. Selebihnya dorang men benda lain yang nyata lebih menarik perhatian dorang kat situh .... sabo jeklah ....

Ha tengok ... tengok. Dengan bapaknya skali dok layan ngan menatang tuh. Tah apa benda tah tapi memang rata² bebudak datang sini dorang mesti dok naik tolak tarik benda tuh. Budak² jek yang ramai naik, tapi nih bapak budak pun join sama apa kes! Hahahahahaha

Dah 2 minggu berturut datang sini, rasa cam tak best plak kalo tak berlari² anak sedas dua kan... Tapi apakan daya, takkan Mama nak berjog sambil kelek anak ... ehehehehe hongeh ko ... tak larat aku!! Alasan malas nak jogging nih ^_^

Tuesday, December 11, 2012

Asal boleh jek ....

Nak story kat korang kisah si Abang² kot Mama mintak tolong tengok² a.k.a jagakan Adik.

AbgLong Style:-

1) Main² ngan Adik, agah² dia. Gelak² ngan ajak Adik cakap². Si Adik, mmg pantang nmpk AbgLong. Cukup suka biler AbgLong dok mengadap dia.
2) Biler Adik dah mula boring, merengek², AbgLong start nyanyi² dengan nada yg kuat. Niat dihati kekonon Adik bleh terus diamlah kot.
3) Adik dah start memekik meraung², teruslah AbgLong fed up. "Kenapa Adik nih?", atau "Janganlah nangis dik" dan "Adik nih bisinglah". Kata² nih semua menunjukkan yang dia pun dah tak tau nak buat apa lagik kat Adik .... eheheheheh

AbgNgah Style:-

1) Baring seblah Adik sambil peluk cium adik. Agak² dia tgk Adik cam takde perasaan, dia try test tunjal or lepuk kepala Adik sedas. Kekadang dikakinya kepala Adik. Tang nih biasanya Mama akan nmpk. Memang kena lah balik sedas ngan Mama ... eheheheh Mama garang woooo ^_^
2) Biler Adik dah start rengek², terus pujuk Adik sambil cakap kuat² "Alalalalalalala cayang Adik musyuk masham". Motif cakap kuat² takut Mama marah n tanya kenapa Adik nangis. Cerdikkan mamat sorang nih?
3) Dan biler Adik dah terpekik, cepat² dia sumbat jari dalam mulut Adik supaya Adik diam tak nangis. Bertuah punya budak!! Si Adik?? Seronok jek hisap jari Abg ....

Kot koranglah, style mana yang korang prefer? Asal boleh jek hero² nih ..... hahahahahhaa ^_^



Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #17: Khusyuk!


Bangun jek dari tido, dok pakat layan upin ipin. Si kenit Mama tuh pun xmo ketinggalan hokey! Hehehehe

Tuesday, July 17, 2012

Lagu beruang


Bulat kecil, bulat kecil,
Bulatlah besar,
Sayang Mama sayang papa,
Sayang semua.
Enam kali enam kali,
Tiga puluh enam,
Enam kali enam kali,
Jadik beruang....


Saper tau lukis gambo beruang nih sambil nyanyi lagu dia? Pernah dengar or tau tak? Kot ada yang tak tau maknanya korang bukan sealiran tahun kelahiran ngan Mama lah huhuhuhu

Hero2 Mama suka betul kalo bab melukis2 nih. Tiap kali nak melukis, dorang akan swuh Mama lukis benda mengikut permintaan dorang. Mintak maaplah...Mama korang nih memang tak pandai melukis. Lainlah Abah yg memang cemerlang bab melukis2 nih. So kalo hero2 request Mama dia untuk melukis, memang gambo beruang nih jek yang Mama reti. Sambil lukis, sambil nyanyi lagu dia. Hero2 pun enjoy...Sampai la nih, kot nak swuh Mama lukis, dorang akan request lukis beruang n dorang pun akan nyanyi sama. Hahahaha seronok betul layan dorang camnih....

*ada satu lagik lah, yg lukis muka orang sambil nyanyi hujan rintik2, laut bergelora blablabla... yg nih serius Mama dah tak ingat sangat cemana lagunya huhuhuhu*

Saturday, July 14, 2012

Sejuk perut Mama....

Orang nak semsyang dorang pun sibuk nak semayang skali. Walaupun sebenarnya lebih kepada nak ngacau Abah dorang semayang. Apapun, Alhamdulillah... Moga menjadi anak yang soleh. Amin!!!

*sent from my 7plus tab*

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday #12: Game punya pasal!!

Bangun pagi, menatang nihlah yang dorang carik. Semuanya sebab ... game punya pasal!!!
Aduyaiiii hero² Mama .....

Wednesday, June 27, 2012

Sunday, June 24, 2012

Bapak borek, anak rintik v2




Memasing dok sebok layan game kat tab. Mama? Dok layan tv sensoranglah jwbnya...cakap pun ngan tv jek tau huhuhuhu


*sent from my 7plus tab*

Tuesday, March 20, 2012

Si kenit Arif yang makin petah berkata²

Dalam kereta petang semalam, tah apa yang di bebelkan si kenit nih...

Adik: Kita balik umah kita. Abah balik umah Abah. Abang balik umah Abang ...
Mama: Adik? Adik balik umah saper?
Adik: Adik balik umah Uwan ....
Abah: Oooo Adik balik umah Uwan. Adik balik naik apa?
Adik: Naik kapal terbang ....
Mama&Abah: Wahhhh ... kapal terbang? (sambil gelak²)
Abah: Adik tak takut ker naik kapal terbang? Tinggi tu ....
Adik: Tak pun ....
Abah: Tak takut??
Adik: Tak punlah ... Adik tipu² aje ...
Mama&Abah: Hahahahahahahaaa

Comel jek dia ... dah pandai pulak menggunakan perkataan tipu² tuh yer .... Alahaiii anak Mama. Luv u lah sayang .... Muahhhhh

Dugaan dikala mengandung

Kata orang, dugaan dalam hidup nih memang sentiasa ada. Tak kira besar atau pun kecil. Yang penting samaada kita nih tabah atau pun tidak untuk menghadapinya. Sesungguhnya setiap dugaan yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya. Dan sesungguhnya ALLAH menduga setiap hambanya tidak lebih daripada kemampuan hambanya itu sendiri. Pada Mama pula, selagi ALLAH mahu menduga kita, selagi itulah DIA mahu kita sentiasa ingat dan tidak lupa padaNYA. Insya-ALLAH, tiap dugaan yang Mama terima, akan lebih mendekatkan diri Mama padaNYA .....

Siapa yang tak pernah kena dugaan dalam hidup nih? Mama percaya semua orang pernah menghadapinya. Bagi Mama pula, dugaan yang paling mencabar berlaku dalam hidup setiap kali ketika preknen. Dari si Abang sampailah anak ketiga ini, sentiasa diduga sahaja. Tak semua orang mengalami situasi yang sama. Ada yang preknen 5x pun tapi tak pernah menghadapi masalah. Apapun Alhamdulillah syukur anak² semuanya sihat.

Pengalaman pertama kali Mama preknan lebih kurang 4 tahun yang lepas, diawal kehamilan Mama ader bleeding. Alhamdulillah tak begitu serius. Itupun dapat jugaklah MC 5 hari. Dok kat umah jek, takleh buat kerja apa² pun. Tapi sepanjang 5 hari tuh, memang ader jek lagik bleeding cuma tak seserius mana. Itu diawal² kehamilan. Dah lepas first trimester, iaitu lepas jek Mama pulih sepenuhnya daripada fasa muntah², loya² sampai tak boleh nak masuk sesuap nasi pun, berat badan naik mendadak. Boleh dikatakan, tiap bulan berat akan naik paling kurang 2kg dan paling byk 4kg. Sampai kena tukarlah kaler kod kat buku merah tu dari kaler putih ke kaler kuning. Sebab 2-3 kali jugak suspect kencing kotor. Sampai waktu nak melahirkan, 12jam duduk dalam labour room baru si Abang nak keluar. Walhal sepanjang 12 jam sakitnya time tuh rasa dah takkan bleh hidup lagik kat dunia nih. Yang paling kelakar, Mama siap sempat bagi tau kat Abah, kalau macam nihlah sakitnya nak beranak, cukup sekali jeklah jawabnya. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadik? Nak masuk 3 ... hahahahhaah memang tak pernah serik!! ^_^

Pengalaman kedua, tatkala preknen Adik pulak. Awal² macam biasalah, tak lari punyalah simptom² muntah tuh. Sampai lembik dibuatnya. Lepas fasa muntah, Mama disahkan menghidap kencing manis pulak. Aduhhhh tak pasal² kena control cara pemakanan. Skali lagik, kod kena tukar dari putih ke hijau pulak. Kali nih, berat badan takdelah naik melampau. Maintain jek ikut kadar yang ditetapkan. Iyelah ... dah hari² kena diet kan? Seksanya tetiap bulan kena buat BSP. Test darah 4x dalam sehari. Tujuan, nak pantau kandungan gula dalam darah. Sampailah nak bersalin still jugak kena wat BSP. Tapi syukur Mama takde sampai kena cucuk insulin. Lagipun, family history takde kencing manis pun. So nih simptom orang preknen sahajalah. Risau tetap ada sebab orang kata kalo kencing manis time preknan, baby dalam kandungan akan besar. Ya ... memang terbukti sebab Adik lahir beratnya 3.3kg. Kalo ikut sejarah family Mama, memang anak cucu yang lain semua lahir bawah 3kg termasuklah si Abang yang berat cuma 2.95kg sahaja. Syukur Alhamdulillah, semasa proses melahirkan Adik, sangat² mudah. Rasa Mama sekelip mata sahaja  Adik dah lahir. Tak payah nak tunggu lama² dalam labour room tuh. Tak sampai sejam dah dapat keluar. Cuma lepas melahirkan Mama mengalami pendarahan yang agak banyak sebab sepanjang preknen bukan saje kena kencing manis, tapi HB pun rendah sampai 8.

Pengalaman yang ketiga ini pula, sangat² berbeza. Awal² tetap mengalami simptom muntah² sampai lembik. Dah lali dah hahahahah Alhamdulilah, Mama takde mengalami berat badan berlebihan, kencing manis, HB rendah. Setakat nih dah masuk 5 bulan, kod tetap kaler putih. Belum kena tukar kaler lagik. Harap² sampai bersalin dapat kod putih jek. Tapi Jumaat lepas, Mama diberitakan mempunyai masalah Uri di bawah. Ya ALLAH. Time tuh, rasa nak gugur jantung. Tak pernah terfikir macam nih sekali Mama akan diduga.  Dalam 2 minggu nih memang ader rasa sakit² kat belah bawah nih. Kekadang tuh, nak buang air kecik pun rasa sakit n dalam sejam boleh dikatakan 2-3 kali rasa nak membuang. Tak suspect pulak rupanya tuh berpunca dari masalah uri kat bawah. Menurut kata doktor, Mama tak perlu terlalu risau. Cumanya dia ader berpesan jangan terlalu lasak, or buat kerja² berat dan jangan sesekali nak cuba berurut. Buruk padahnya yang membolehkan berlaku pendarahan sekaligus menyebabkan kematian ibu dan anak. Katanya lagik, biasanya uri akan naik semula. Kena tunggu lagi 2 bulan untuk buat scan nak tengok balik kedudukan uri tersebut. Kalo tak naik, kenalah refer kat pakar dan kemungkinan besar kena duduk wad sampailah bersalin. Siapalah pulak nak menjaga hero² mama nanti? Mama tak pernah berenggang tido malam ngan dorang. Camnelah rasanya nanti? Bersalin kena ceasar? Taknaklah .... Jauhkanlah semuanya tu. Sekarang nih, Mama hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala. Amin!!!!!




-Mama yang luaran nampak ceria tapi dalam hati sebenarnya sedang berduka-

Monday, February 20, 2012

Sketsa Abang Adik ....

Kejadian berlaku di dalam kereta, otw balik ke rumah kami dari rumah MIL. Jam dah pukul 10.30pm. Abang dah mengantuk, mulalah semuanya tak kena. Merengek tak tentu pasal. Tetiba ....

Abang: Taknak kawan Adik (sambil merengek).
Adik: Pe taknak kawan Adik pulak (mata tak lepas pandang kat Abang)
Abang: Taknak kawan Adik!! (nada suara makin tinggi)
Adik: Pe taknak kawan Adik pulak (still pandang kat Abang tggu jawapan)
Abang: Taknak kawan Adikk!!! (dah start menengking smbl nak nangis)
Adik: Taknak kawan Adik, cudahhh .. (sambil pandang depan, malas layan Abang)

Hahahahahah cool jek si Adiknya jawab. Si Adik sejak² dah petah bercakap nih, memang seronok dengar dia bercakap. Cam budak dah besar jek, padahal baru 1 thn 10 bln. Seronok Mama dapat borak² cerita² dengan dia. Paling tak tahan, kalo time dia nak tido, mesti bercerabih jek mulut dia. Mama biar jek, tau² senyap jek rerupanya dia dah tido. Hikhikhikhikhik sangat comel .... geram jeklah ngan si kenit yang keletah nih.

Wednesday, January 4, 2012

Bapa borek, anak rintik

Salam tahun baru 2012 semua. Nih entri pertama Mama untuk tahun baru nih. Cadang naklah bercerita pasal cuti² dan majlis pertunangan minggu lepas. Tapi gambar² tak transfer lagik dari kamera. Takpe, 2011 pun baru 4 hari berlalu kan. Belum basi lagik cerita minggu lepas nih hikhikhikhik ....

Okeh nih Mama nak citer pasal hobi hero² Mama nih. Kalo ikutkan hobi hero besar Mama tuh, merepair kereta. Tiap minggu ader jeklah benda yang nak dibeleknya. Heran tul Mama. Tak kisahlah janji pulusnya bukan pakai pulus Mama kan.... hahahahahahah Kalo dah Abahnya memang minat merepair² kereta, anak² pun tak ketinggalan. Sama jeklah hobi dorang nih gaknya kan? Almaklumlah, anak lelaki. Bezanya, anak² takde kereta. So apa yang dorang dok sebok repairkannya?

Yang ini hobi Abah ....


Dorang pun apa lagik, bukak bengkel beskal plak ... huhuhuhuh

Dah penat merepair itu dan ini, kami bawaklah pulak dorang nih ke satu tempat favorite mereka. Pantang pergi sini. Mesti inilah yang dorang tuju. Habislah sekali RM9 untuk mereka main nih. Huhuhuhu apa bleh buat. Mereka berdua nih dari dalam perut Mama lagik dah dididik untuk cintakan bidang permotoran. Tengoklah Abah dorang camne plak kan. Ehmmmm layankan jeklah ..... 





Si kenit tuh pun takmo kalah gak tuh. Suka betul dia ... ehehehehe Apa² jeklah nak. Janji kamu semua happy ^_^

Wednesday, November 23, 2011

Abang nak adik tak??

Sketsa anak beranak malam tadik ...

Abah: Ayie nak adik tak?
Abang: Taknak ... (laju jek jawab)
Abah: Taknak adik? Nih adik beby lah ...
Abang: Ayie nak beby (tetiba tukar fikiran plak) cam beby Aina ngan beby Sofia (beby yang ader kat taska).
Abah: Ha ... pegi cakap kat Mama ...

Abang: Mama ... Ayie nak beby Aina
Mama: Nak beby Aina? Esok Ayie cakap ngan Ibu (opismate Mama), Ayie nak beby Aina ek ...
Abang: Tak payahlah mintak kat ibu. Besok beli sajelah beby Aina kat kedai ....
Abah&Mama: Hahahahahahahahah (sambil gelak guling²)

Adeh .... kamu ingat bleh ke beli beby kat kedai? Takkanlah korang adik beradik Mama beli kat kedai jugak kan? Mana dapat nak oooiiii .... Sabo jeklah nak ... ^_^

Monday, November 21, 2011

Hasil seni 2 beradik

Memula dulu, si Abang yang rajin buat mural kat dinding. La nih, biler adik dah besor, dia pon folo sama. Adeh ... Mama dah tak terkata dah. Makin dilarang, makin menjadik² pulak. Puaslah dibelikan buku bagai, tapi habis di kuyak² an. Skang nih bukan takat mural kat dinding jek, tapi kat coffee table n tv rack pun sama. Adoi laaaa anak² Mama .....

Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar .....
Cubaan untuk meniru sign Abah. Kekonon ngan harapan leh sahkan sijil ker? Huhuhuhuh
Coffee table menjadik mangsa seterusnya ...
TV rack pulak ... dari hujung ke hujung okey .... 
Yang nih paling haru .... Sarung bantal!!!! Huwaaaaaaa .....
Alkisahnya, rumah yang kami duduk skang nih adalah umah sewa. Elok pulaklah tuan rumah tak pernah sekali pun nak bertandang ke rumah sewanya nih. Dah masuk 5 tahun dah pun kitorg dok sini. Kotlah tetiba dia saja nak datang melawat, memang harus dia pinsan tengok umah dia camnih gayanya. Jangan risau yer Tuan Rumah kami yang budiman. Insya-Allah ader rezeki kami sok dapat beli rumah baru, sebelum kami keluar dari rumah nih, kami akan cat dulu dinding² yang berkenaan. Mana² yang rosak (takat nih pintu bilik air blakang jek yg dah haus bawahnya tuh) Insya-Allah kami akan ganti. Itu memang kami janji ^_^

**Nak ajak tetamu singgah umah pun segan tau ... huhuhuhu**

Tuesday, November 15, 2011

Abah, Abang, Adik ... Amma ... erkkkk??? Apakah???

Budak kenit kesayangan Mama nih usianya dah mencecah 1 tahun 7 bulan. Berjalan, berlari, memanjat semua dah pas. Bab bercakap, takat ujung² bleh lah. Nak sebut perkataan penuh tuh amatlah payahnya. Abang dulu umur 1 tahun stgh dah becok dah. Skang nih Abang umur baru 3 tahun tapi bercakap kalah budak darjah 6. Sampai kekadang Mama ngan Abah terkedu huhuhuhuhu

Biasanya anak² kecil nih perkataan pertama yang dorang akan sebut mestilah panggilan nama ibu kan? Tapi anak² Mama perkataan pertama yang dorang pandai sebut adalah "Bah" refer to Abah ler. Uwaaaa sedih tau biler anak yg dikandung 9 bulan tak pandai panggil Mama. Dah lelama baru dorang biasa panggil. Itu pun si kenit chumil nih, dek dah terbiasa panggil Abah, Abang, Adik dan Atuk yang mana semuanya bermula dengan "A" jadiknya kalo dia nak panggil Mama panjang sket, dia akan panggil "AMMA". Adehhhh dah lain pulak bunyiknya kan. Puaslah ajar panggil Mama, tp Amma tetap dihatinya ... huhuhuhu bukan nama Mama jek jadik camtuh, Makcik dia a.k.a SIL Mama yang sulung, panggilan dia adalah Ibu. Tau jadik apa kalo adik nih panggil? "ABU" .... hahahahahahah lagik haru tau!! Kot MIL Mama plak, panggil Wan jadik "AWAN". Sabo jeklah budak kenit nih. Apa² jeklah anak Mama janji kamu tau dah bleh bercakap sket² walaupon puaslah kami pikir apalah yang adik nak cakapkan .... ^_^

Friday, November 11, 2011

Cherating yang dirindui ... Final Part

Hari terakhir kami di Cherating .... Hujan turun tak berhenti. Macam tau² jek kami nak balik ke Seremban. Check out tepat kul 12pm. Abah terus ajak kami ke suatu tempat yg katanya ader SATAR paling sedap. Mama nih bukanlah penggemar satar, tapi kalo otak² tuh yer. Tapi biler jek sampai kat kedai Aziz Satar (oopppsss bukan pelakon tuh yek) memang terus jatuh cintalah ngan satar. Maybe sebab satar kat area Pantai Timur nih yang original. Sebab tuh lah sedap sampai leh jatuh cinta kot. Sebaik tak jatuh cinta ngan Adik pembakar satar tuh eheheheheheh
 Yes!!!Berjaya jugak Mama jejak kan kaki kat Terengganu. Pes taim nih beb .... huhuhuhuh
Dah melantak 2 pinggan baru teringat nak pose bersama satar. Siyes sedap sbb dia gaul sekali ngan cili api. Rasanya memang Marvelous ... yummy!!!
 
Hahhh .... settle!! Terbaik Boboy Boy ... Ehhh ... ^_^

Cadangnya lepas lunch nih nak gaklah berjalan² singgah ke Kuantan or pusing² Kemaman. Tapi disebabkan faktor hujan yang taknak berhenti walaupun hanya renyai² rebas. Ditambah lagik, masuk jek lam keta, hero² terus pakat menguap berjemaah dan sekaligus tido berjemaah. Hahahahha langsunglah Abah decide balik Seremban terus.
View sebelum bertolak balik. Putih suci murni jek si Hundah nih.
 
 
 
 Pit stop jap kat Bandar Muazzam Shah utk solat. Keluar jek dari kereta, tu diaaaa ..... cam keta rally dah jadiknya nih. Patutlah tiap kali selisih ngan keta lain, dorg dok pandang² jek kitorg. Perasan cam keta hakulah paling cantik rerupanya, ini yang terjadi. Nihlah padahnya kalo ikut jalan dalam nak² cuaca hujan camnih. Hakhakhakhak ponek Abah nak basuh .... ^_^

Apapun, kami tetap happy dengan percutian singkat nih. Insya-Allah, lain masa kami akan datang lagik .... ^_^

~tamat~

Thursday, November 10, 2011

Cerita Cherating lagi .... Part 2

Kita sambung part 2 pulak....

Hari kedua jadual Abah sangat pack. Pagi miting sampai pukul 11am, then pukul 12pm - 5.30pm dorang pegi site visit. Wahhhh ... giler boring kami bertiga dok dalam bilik tuh. Nasib baiklah tv ader citer best. Dan lagik, hero² dah dibekalkan sekotak mainan import dari rumah. Semata taknak bagi dorang boringkan ... Ada jugaklah Mama bawak dorang jenjalan kat sekitar resort tuh. Takde yang best pon selain tengok orang letak beg pasir kat tepi pantai. Naper yek? Tak sempat pulak nak bertanya kat orang² resort tuh eheheheh ^_^

 Kat dalam Playhouse yang kosong takde apa pun yang menarik.

Abang dok bertanya, kat dalam rumah kecik nih takde menan ker? Hahahaha camner nak jawab?

Kejap jek dorang kat dalam tuh, dah boring terus ajak Mama balik bilik.

Abang khusyuk betul tengok citer Big Daddy kat channel HBO. Siap berselimut tuh .... Mau taknya, Mama bukak luas2 pintu biar angin sepoi² bahasa masuk ehehehehe sejuk!!!

Penat main dan tengok tv, akhirnya mereka tido dengan lenanya. Mama? Layanlah tengok movie sensorang.

Punyalah lama hero² nih tido sampaikan Abah balik pukul 5pm pun tak bangkit² lagik. Last² Mama kejut dorang sebab dah janji nak ajak mandi kat pool.

Sangat seronok mereka² mandi kolam. Sampaikan taknak keluar. Dah menggigil² baru sebok nak naik. Haaaa ... kan Mama dah cakap, sejuk ..... ^_^

Malamnya, nasib baik Abah takde miting lagik sebab salah seorang leader tak dapat hadir. So dorang di beri peluang untuk beristirehat. Dapatlah kami berjalan² cari makan sampai ke pekan Kemaman. 

Tengah tunggu makanan sampai. Si kenit asiklah bercerabih jek mulutnya.
Sorie gambo makanan tak teringat nak snap. Sebabnya dah lapar sangat sampai lupa nak amik gambo makanan hahahahah. Gerai nih kat tepi jalan jek. Tapi lauk pauk dia memang marvelous. Dan harga pun takdelah mahal sangat kot nak dibandingkan kalo makan kat Man Tomyam, Seremban tuh ...

Mama memula ingatkan kami jek yang datang dengan family, rerupanya ramai daaaaa. Maklumlah bilik dapat untuk seorang kan, baiklah bawak family skali. Ada sorang tuh siap bawak mak ayah dia lagik tau .... hahahahah lagik best!!!

bersambung lagik ........ ^_^