Followers

Friday, July 1, 2011

30% Murid tidak bersarapan pagi

KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.

Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.

“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.

***Sumber diatas diambil dari Akhbar Kosmo***

Ye... kajian nih memang ader benarnya. Sebab Mama masa zaman sekolah dulu pun tak suka amik sarapan. Berpuluh, beratus, beribu bebelan Mak Mama sampai naik berbuih kot mulut mak time tuh huhuhu ampun Mak!! tapi Mama wat endah tak endah jek. Bukan apa, Mama nih jenis perut yang agak sensitif sket. Kalo makan sebelum kul 8 pagi mestilah lepas tuh ke toilet jeklah jawabnya. Samalah kalo time bersahur. Dah ke toilet, habis keluar semua, nanti biler tengah hari kompem lapar. Tapi tahankan jeklah, nama pun puasakan.

Kalau time sekolah² dulu, kan nanti ada makan waktu rehat pukul 10.30, that's why lah Mama tak amik bekpes kat umah. Paling tidak pun minum air segelas. Perangai tak elok nih memang berlarutan sampailah sebelum kawen. Dah kawen nih lainlah kan. Keperluan suami dan anak² kena didahulukan. Lagipun Abah memang tak biasa kalo tak bekpes. Wajib katanya. Jadik untuk anak², memang Mama akan pastikan dorang dapat makan yang cukup. Sangat susah hati kalo dorang taknak makan. Sekurang² nya Mama taknaklah dorang jadik cam Mama. Orang kata kalo kita tak amik bekpes, otak kita tak cerdas. Tuh sebablah otak Mama nih kekadang ader lembab sket kot huhuhu. So taknak anak² otak tak cerdas, Mama pun kenalah berubah sama.

Mama ingat lagik, seorang pakar pemakanan pernah beritahu pada Mama, "kalo nak diet sekali pun jangan abaikan sarapan pagi. Sebab sarapan pagi tuhlah yang akan memberikan kita tenaga untuk melakukan kerja seharian. Tak nak makan tengah hari atau malam takpe. Tapi sarapan WAJIB ambil". So pada yang nak diet tuh, kenalah beringat ek ^_^

Skang nih, kalo tak bekpes, aduhaiiiii cam tak makan setahunlah rasanya. Pergi ke toilet tuh memang dah tolak tepi. Janji perut kosong mesti diisi. Kot tak, cemana nak ngajo kalo kita bercakap kat depan tapi perut asik berbunyik² jek?? Malu sehhhhh ......

5 comments:

Unknown said...

mama cyda ni cikgu ker? hehe, serta-merta teringat kat abah saya, dia yang rajin prepare kan sarapan utk anak2 dia..rindu lak kat abah :')

OMR (Rose) said...

betul tu dot...sarapan wajib kena ambil! kalau x mmg lesu jelah sepanjang hari...x der energy!
Tp kte ada terbaca jgk jgn skip mkn mlm...takut kolesterol tinggi...amek jgk makanan...tp ameklah yg ringan & kuantiti yg kecil je...hehehe

Unknown said...

singgah dari blog bangku kosong..

Mama Kembar Tiga said...

mama plak dr kecik mmg dah terbiasa wajib bekpes. kalau tak makan, tadak tenaga nak keja, perut pun berkonsert sampai org lain leh dengar hehehe

yanamib said...

dlu time skola mmg amek bekpes..wajib..tp bila dh abes skola bgn lmbt, bekpes pn kelaut..haha..dh keje ni oke blk, bekpes wajib amek =)